Kaki Selalu Kebas? Apa Punca Dan Cara Rawatannya?

 

Apabila duduk atau berdiri terlalu lama, tiba-tiba kaki mula rasa kebas-kebas atau orang kampung pangil sesemut. Kaki rasa tidak selesa hingga menyebabkan nak gerak tidak boleh nak pijak kaki ke lantai juga tidak boleh. Boleh buat gaduh kalau ada yang tiba-tiba sengaja menekan atau memegangnya.

Kenapa perkara sebegini berlaku? Adakah disebabkan peredaran darah atau kerana kedudukan kaki yang tidak sesuai? Macam mana pula kalau seseorang itu berdepan dengan masalah ini secara berterusan? Mari teruskan membaca artikel ini.



Kaki kebas selalunya merupakan keadaan yang normal bagi mereka yang duduk dalam keadaan yang tidak selesa. Ini kerana jika kaki berada pada posisi yang salah, ia akan menyebabkan saraf di bahagian kaki terhimpit dan menyebabkan kebas tersebut berlaku.

Akan tetapi jika ia berterusan sehingga menyebabkan kaki sentiasa merasa kebas, ia mungkin disebabkan beberapa jenis penyakit.

Bagi mereka yang mengalami masalah ini secara berterusan, individu tersebut perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kepada masalah tersebut.



Simptom kebas kaki

Simptom ataupun komplain yang selalu diperkatakan oleh mereka yang mengalami kaki kebas adalah kaki mereka tidak boleh rasa. Bila pijak lantai seolah-olah mereka memakai stoking.

Akan tetapi ada juga simptom-simpton lain yang berkaitan dengan kaki kebas seperti

i. Kaki rasa mencucuk cucuk

ii. Kaki rasa tidak kuat

iii. Bila berjalan seolah olah memakai stoking

Punca kaki kebas

Pesakit yang mempunyai kebas kaki ini selalunya akan berkait rapat dengan masalah saraf sebagai contoh masalah tulang belakang dan kencing manis. Kerana saraflah yang akan memberi deria rasa pada seluruh badan termasuk kaki. Jika saraf tersebut mempunyai masalah ataupun terdapat penyakit yang menyebabkan masalah tersebut berlaku, maka anda akan mengalami masalah kebas kaki.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kaki kebas iaitu:

i. Kencing manis

ii. Slipped disc

iii. Kecederaan pada saraf tunjang

iv. Himpitan pada saraf yang keluar daripada tulang belakang

v. Kayap

vi. Multiple sclerosis

vii. Penyakit pembuluh darah periferi (peripheral vascular disease)

Anda juga mungkin akan merasakan kebas pada bahagian kaki ketika lama duduk terutamanya mereka yang duduk bersila. Ia akan bermula dengan rasa kebas pada kaki kemudian anda akan bangun ataupun mengubah kedudukan untuk memberi keselesaan kepada kaki tersebut

Setelah darah berjalan semula ke kaki tersebut dan saraf tidak terhimpit lagi, ia akan menjadi kebas pada mulanya dan diikuti dengan rasa seperti dicucuk-cucuk. Setelah beberapa minit, kaki anda akan menjadi seperti biasa.



Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Kaki kebas bersama dengan simptom yang seperti sesak nafas adalah suatu yang perlu dirisaukan. Oleh itu, disini kami senaraikan beberapa simptom yang akan memberi tanda amaran kepada anda dan anda perlu segera pergi berjumpa dengan doktor. Ia adalah:

i. Tidak boleh kawal kencing dan buang air besar. Bermaksud pesakit akan terkencing dan terberak sendiri tanpa mampu dikawal- Mungkin mengalami masalah saraf tunjang

ii. Sesak nafas – Kaki kebas dan sesak nafas boleh disebabkan darah beku dibahagian kaki. Jika darah beku itu terlepas dan naik ke jantung, darah beku itu boleh tersumbat dibahagian paru-paru dan menyebabkan kekurangan oksigen dan sesak nafas. Tetapi selalunya pesakit juga akan mengalami kaki yang bengkak, merah dan panas.

iii. Susah bercakap – boleh disebabkan stroke

iv. Sakit kepala yang kuat

Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jika kebas itu menjadi semakin teruk.

Jika anda mempunyai kencing manis, simptom ini perlulah diceritakan kepada doktor yang merawat agar pendidikan untuk menjaga kaki dapat diberikan kepada pesakit.

Penyiasatan:

Kebas kaki yang biasa iaitu disebabkan terhimpit tidaklah perlu kepada penyiasatan. Manakala jika seseorang itu mempunyai masalah kencing manis pula, selalunya doktor di klinik kesihatan akan memeriksa kaki anda untuk melihat sama ada telah wujudnya komplikasi hingga menyebabkan kaki anda menjadi kebas

Jika doktor mengesyaki masalah selain daripada itu, pesakit perlulah menjalani beberapa jenis ujian

1) X-ray tulang belakang

X-ray ini sangat membantu kerana ia dapat melihat struktur tulang belakang samada mempunyai masalah ataupun tidak. Mereka yang mengalami ‘slipped disc’ ataupun tulang belakang yang semakin tua dapat dilihat melalui x-ray.
Tetapi x-ray tidak dapt menunjukkan samada masalah tersebut benar-benar telah menyebabkan himpitan pada saraf tunjang ataupun tidak

2) CT-Scan

Boleh digunakan untuk melihat seseorang itu mempunyai angin ahmar ataupun tidak.

Jika slipped disc disyaki, ct-scan boleh digunakan untuk melihat struktur tulang belakang. Ia boleh menunjukkan samada berlakunya himpitan pada saraf ataupun tidak. Walaubagaimanapun, pengimejan yang paling sesuai untuk melihat keadaan saraf tunjang adalah dengan membuang MRI

Ia juga boleh digunakan untuk melihat penyakit multiple sclerosis

3) Nerve Conduction Study (Kajian aliran saraf)

Ia digunakan untuk melihat adakah saraf yang menghantar maklumat ke kawasan otot dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak.



Rawatan Kaki kebas

Rawatan kaki kebas sangat bergantung kepada punca masalah tersebut. Jika ia disebabkan himpitan pada saraf kaki, pesakit perlulah mengelakkan daripada duduk dalam satu keadaan yang lama. Ubah kedudukan ataupun berdiri setiap setengah jam untuk mengelakkan saraf dan saluran darah daripada terus terhimpit.

1. Kencing manis

Kaki kebas disebabkan kencing manis selalunya tidak boleh dikembalikan balik. Oleh itu, pesakit yang mengalami masalah ini akan diajar bagaimana untuk menjaga kakinya kerana bila kaki tidak merasa sakit, ia lebih mudah luka disebabkan terpijak benda tajam dan sebagainya

Jika luka itu tidak disedari, kawasan luka itu akan mengalami jangkitan kuman dan inilah perkara yang selalu berlaku sebelum kaki mereka menjadi mati dan gangrene menyebabkan kakinya perlu dipotong

2. Masalah tulang belakang

Ia bergantung kepada jenis masalah tersebut. Jika pesakit mengalami slipped disc dengan kebas yang sedikit, selalunya doktor akan memberi peluang terlebih dahulu. Jika ia boleh baik dengan sendirinya, pesakit tidak perlu membuat sebarang prosedur

Jika kebas tersebut menyebabkan kaki menjadi lemah dan pesakit tidak mampu mengawal buang air kencing dan air besar, pesakit mungking akan dinasihati untuk melakukan pembedahan.

Bagi rawatan bagi penyakit yang kompleks seperti multple sclerosis dan juga penyakit salur darah periferi, ia akan diterangkan dalam post berkenaan penyakit tersebut.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,968 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen