“Nak Buang Orang Negatif Dari Hidup, Tapi Kita Ni Positif Ke?” Antara Cara Untuk Handle Orang Yang Negatif Oleh Prof Dr Muhaya.

 

Seringkali kita mendengar, jauhi diri daripada orang yang negatif kerana takut aura negatif mereka akan terkena pada diri kita. Akhirnya kita juga turut terpengaruh menjadi orang yang negatif.

Akan tetapi, kenyataan sebegini sebenarnya tidaklah benar seratus peratus kerana aura negatif tersebut terbentuk daripada tabiat kita sendiri. Malah, begitu yakin kah kita untuk mengaku diri sendiri adalah seorang yang positif sehingga mahu membuang orang yang negatif.

Kita tidak boleh menjangka masa hadapan..

Tetapi tabiat kita sendiri akan menentukan masa depan kita…

Untuk mengetahui kenapa seseorang itu menjadi individu yang negatif, berkemungkinan mereka…

  • Mempunyai hati yang remuk dan calar ketika dirinya masih kecil.
  • Suasana rumah dan ahli keluarga yang sentiasa negatif.
  • Ibu bapa kurang bijak dalam menguruskan emosi mereka.

Jadi, sebelum mahu membuang orang negatif dari hidup kita, lakukan 5 cara ini dahulu…

1. Urus diri sendiri dahulu.

Sebelum mahu menilai orang negatif secara berterusan, urus diri sendiri dahulu. Beri keutamaan pada diri sendiri dahulu. Cermin diri sendiri dahulu.

Anda yang perlu kenal diri sendiri terdahulu bahawa anda adalah seorang yang negatif atau positif. Jika anda berjumpa dengan ramai individu yang negatif, tidak mustahil ia sebenarnya diri anda yang negatif. Jangan terus salahkan individu tersebut yang menyebarkan aura negatif.

Tanya diri anda dahulu, suka menghukum orang lain? Atau menerima nasihat orang lain? Anda yang mana satu? Sekiranya tahu menghukum sahaja, anda seorang yang negatif, sekiranya menerima nasihat dahulu, anda seorang yang positif.

2. Perhatikan emosi anda sama ada negatif atau positif.

Bagaimana anda menguruskan emosi sendiri? Dapat dikawal, atau tidak dapat dikawal?

Bagaimana anda berhadapan dengan beberapa situasi yang tidak dapat dijangka seperti ada orang memotong barisan ketika beratur? Adakah anda mencarut, berkata-kata kasar, merungut tidak sudah? Anda seorang yang negatif.

Jika positif, anda cuba untuk bersangka baik dan memberi kata-kata yang baik.

Individu yang positif adalah yang tahu bersyukur, cuba untuk bersangka baik, saling sayang menyayangi, saling memaafkan, malah dapat menerima kekurangan insan lain seadanya.

3. Jangan puaskan hati orang semata-mata.

Anda menjadi negatif kerana mudah terkesan dengan kata-kata orang lain. Sekiranya individu yang negatif tersebut sering berkata-kata buruk tentang anda, tidak perlu untuk membalas dengan kata-kata yang buruk juga. Buatlah sesuatu tanpa mengharapkan balasan manusia. Lakukan sesuatu demi mendapat rahmat Allah SWT dengan amalan soleh.

4. 2B 2L.

Amalkan konsep 2B 2L ini dalam hidup anda iaitu…

  • Berani menerima kelebihan insan lain, supaya tidak merasa dengki.
  • Bijaksana dalam menguruskan kelemahan orang lain, memahami perasaan mereka.
  • Lupakan semua kesilapan orang negatif ini. Jika sentiasa ingat kesilapan mereka, akan menjadi racun pada diri sendiri.
  • Lupakan kebaikan kita pada orang lain, supaya kita tidak menjadi orang yang riak atau takabur.

5. Bersyukur tidak dijadikan sama seperti dia.

Sudah sedia maklum, setiap individu yang kita kenal, latar belakang mereka tidaklah kita ketahui dengan terperinci. Maka, insan yang negatif ini pasti ada kisah silamnya tersendiri. Bersyukurlah sekiranya kita tidak negatif seperti mereka, dan jangan jadi seperti mereka pula. Carilah kebaikan yang dimiliki oleh mereka…

“Semua orang baik, cuma tidak tahu untuk menjadi baik…”

“Senang menerima takdir Allah akan berasa tenang dan menang”

Kesimpulannya, orang yang benar-benar ikhlas, akan sentiasa baik dengan semua orang kerana dia melakukan demi Allah SWT.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,011 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen