Bukan Setakat Ilmu Rumah Tangga, 5 Ilmu Asas Ini Perlu Anda Pelajari Sebelum Mahu Bergelar Suami Isteri.

 

Berapa ramai dikalangan anak muda yang mahu mengakhiri zaman bujang, benar-benar mendalami pelbagai ilmu untuk persediaan ke alam rumah tangga?

Adakah hanya bergantung ilmu dari Kursus Kahwin semata-mata?

Untuk mencari ilmu tentang rumah tangga, diri sendiri perlu ada usaha untuk menggali pelbagai ilmu, bukan sahaja melalui bahan bacaan, carilah orang yang berilmu, ahli agamawan dan juga individu yang berpengalaman.

Jangan Malas Mencari. Jangan Takut Bertanya!

Ini 5 ilmu asas yang anda perlu pelajari sebelum mahu bergelar suami isteri….

1. Ilmu keagamaan.

Bagi mendapatkan hubungan yang diredhai Allah dan perkahwinan yang barakah, sebagai umat islam carilah ilmu keagamaan tersebut. Dalam pemilihan jodoh juga, kita dinasihatkan untuk mencari mereka yang beragama, tetapi bukanlah alim semata-mata seperti golongan ustaz/ustazah.

Akan tetapi, dengan adanya ilmu keagamaan ini para lelaki dan juga perempuan akan mengetahui tanggung jawab asas sebagai suami isteri dalam Islam iaitu..

  • Dirikan 5 solat waktu.
  • Berpuasa.
  • Berzakat.
  • Bersedekah.
  • Memberi nafkah.

2. Ilmu keibubapaan (Parenting).

Apabila sudah mendalami ilmu keagamaan, belajar pula ilmu keibubapaan yang berlandaskan syariat.

Anda perlu tahu, emosi suami isteri akan berubah serta merta apabila memiliki cahaya mata. Pada fasa bulan madu, sikap pasangan tidak lagi ditunjukkan seratus peratus walaupun sudah tinggal sebumbung dan tidur sebantal.

Ketika memiliki anak pertamalah, suami isteri akan berasa tertekan ditambah pula dengan kekangan kewangan. Pengurusan emosi amat penting ketika memiliki anak sulung supaya ia menjadi pelajaran ketika mahu menimang anak yang kedua pula.

3. Ilmu kewangan.

Kekangan kewangan sentiasa berlaku pada hubungan suami isteri tidak kira waktu dan masa. Jika majlis perkahwinan dilakukan dengan pinjaman (loan), tidak mustahil 3 tahun ketika fasa bulan madu ada pasangan sudah bercerai. Kemudian, salah seorang sukar pula mendapat kerja, ataupun berpendapatan rendah, pasti situasi ini akan mengundang hubungan yang berantakan sahaja.

Ilmu kewangan ini luas, bukan hanya menyimpan duit semata-mata, pasangan perlu belajar tentang:

  • Ilmu menabung/menyimpan.
  • Ilmu menguruskan duit gaji.
  • Ilmu pelaburan.
  • Ilmu emas.
  • Ilmu hartanah.
  • Ilmu perbelanjaan rumah.
  • Ilmu kos pendidikan anak-anak.
  • Ilmu perancangan untuk persaraan.
  • Ilmu Faraid.
  • Ilmu perlindungan takaful/insurans.

4. Ilmu kesihatan.

Antara salah satu sebab pasangan yang telah berkahwin sentiasa kekangan kewangan adalah tiada ilmu kesihatan. Jika sentiasa sakit sahaja, pasti akan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kos rawatan semuanya bergantung daripada jenis penyakit.

Kemudian tiada pula perlindungan takaful/insurans. Sebab itu amat penting membuat pemeriksaan kesihatan sebelum berkahwin, bukan setakat pemeriksaan HIV sahaja, terdapat pelbagai pemeriksaan anda perlu lakukan seperti…

  • Talasemia.
  • Fibroid, PCOS, Cyst dan semua organ wanita.
  • Kesihatan sperma untuk golongan lelaki.

Malah, jika pasangan sering diserang demam, selesema, batuk, pening kepala atau sakit-sakit yang normal ini, anda perlu tahu kenapa ia sering terjadi melalui…

  • Gaya hidup yang tidak sihat.
  • Cara pemakanan yang tidak sihat.

Dengan kaedah ini anda akan mengetahui sikap sebenar pasangan, adakah mereka malas atau mahu berubah tetapi tiada pasangan untuk dilakukan bersama atau tiada ilmu pengetahuan?

5. Ilmu kemahiran.

Apabila sudah bergelar suami isteri, persiapkan diri dengan pelbagai ilmu kemahiran asas seperti memasak, menjahit, perbaiki barang elektrik atau semua barang di rumah kerana anda dan pasangan akan bergantung antara satu sama lain.

Jangan jawab ‘Tak Tahu’ tetapi belajarlah untuk memberi keselesaan hidup pada pasangan.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,954 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen