Ustaz Ebit Lew Kongsikan 5 Cara Memujuk Pasangan Dan Anak-Anak Yang Berkeras Hati Malas Untuk Solat.

 

Dikalangan kita pasti ada sahaja masalah keluarga yang tidak dapat diluahkan pada siapa-siapa. Bukan sahaja anak-anak yang mempunyai masalah dengan kedua ibu bapanya, para ibu bapa juga mempunyai masalah dengan anak-anak dalam membina hubungan kekeluargaan yang berlandaskan syariat.

Dengan pengaruh dan teknologi terkini, banyak perkara-perkara yang bakal melalaikan seseorang daripada melakukan solat terutamanya. Situasi sebegini sedikit sebanyak memberi impak pada hubungan kekeluargaan, menjadi semakin tidak bahagia bahkan tidak harmoni juga.

Jadi, jom ikuti perkongsian dari Ustaz Ebit Lew, cara yang bagaimana untuk memujuk pasangan dan anak-anak yang berkeras hati tidak mahu solat ini…

********

Saja nak share 5 cara pujuk pasangan, anak-anak yang keras hati malas solat dan jauh dari kebaikan. Syukur pada Allah. Saya selalu buat pada orang tepi jalan budak nakal atau abang gengster pun boleh jalan dan inilah selalu saya nasihat pada yang ada masalah keluarga.

1. Luahkan perasaan kasih sayang.

Pertama cakap betapa kita sayang mereka. Nabi saw sayang mereka. Allah sayang mereka. Mereka rindukan kasih sayang Allah. Rindu kasih sayang ikhlas dalam hidup mereka.

2. Sentiasa makan berjemaah ataupun sambil suap menyuap.

Kedua makan berjemaah suap makan. InsyaAllah akan terasa hati jadi dekat. Sunnah Nabi SAW makan berjemaah kalau boleh satu bekas yang sama.

3. Sentiasa memeluk mereka.

Ketiga peluk mereka dengan ikhlas. Walau ayah kita yang dulu garang. Balik dan peluk mereka. Anak kita yang dah besar. Inikan pula mak anak atau ayah anak kita. Mereka rindukan pelukan..biasanya sebak dan rasa nak menangis.

4. Kemudian membuat Taklim di dalam rumah.

Selepas itu buat Taklim. Baca Al-Quran dan Hadis bersama keluarga setiap hari. Walau 10 minit. Lagi lama lagi bagus tapi istiqamah setiap hari. Rahmat, hidayah, kasih sayang meliputi rumah kita.

5. Sentiasa mengajak untuk melakukan solat fardhu berjemaah.

Selebihnya jaga solat Fardhu awal waktu waktu berjemaah dan selalu solat tahajud, dhuha, hajat minta Allah beri hidayah buat setiap ahli keluarga. Sebut nama mereka seorang demi seorang. Jangan lupa yer.

Dah ramai amalkan Allah beri keberkatan dalam keluarga mereka. Segalanya berubah –ebitlew-

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,478 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen