“Merancanglah Sebelum Berkahwin, Terutamanya Hal Kewangan..” Kongsi Lelaki Ini.

 

Seronok berkahwin, tetapi tiada perancangan masa hadapan. Pelan hidup dalam jangka masa yang panjang tiada langsung. Mahu hidup susah senang bersama tetapi tiada matlamat. Kepada mereka yang mahu ke jinjang pelamin dan mahu menamatkan zaman bujang kalian, buat perancangan sebelum berkahwin terutamanya hal kewangan seperti yang dikongsikan oleh saudara Hafizul Hakim ini…

********

1. Nafkah Isteri.

Perkara ini mesti dibincangkan bersama bakal isteri. Berapa kemampuan dapat diberi pada setiap bulan dan perancangan ‘increment’ untuk tempoh 3-5 tahun selepas itu.

Perlu diselesaikan saat ini juga tentang nafkah isteri bukannya duit untuk beli barang dapur. Ia berbeza okay!

Nafkah isteri bukan option tapi WAJIB diberikan walaupun dia bekerja.

2. Tempat Kediaman.

Selepas kahwin nanti nak tinggal di mana. Rumah sendiri, rumah sewa atau menumpang duduk rumah mertua?

Pengalaman saya dan isteri, sejurus lepas kahwin kami terus berpindah rumah sendiri.

Teringat lagi semasa awal perkahwinan, Cuma ada perabot bilik utama dan kerusi kecil di ruang tamu. Meja makan dibeli beberapa minggu sebelum kahwin, ada SALE di pasaraya.

Tapi kami dah bincang dan nekad, tak kisah pun yang penting PRIVACY.

DANA RUMAH PERTAMA.

Perkara ini mesti dibincangkan awal supaya matlamat ada ‘timeline’ dan juga harga rumah mampu dibeli. Apabila ada matlamat sebegini, kedua suami isteri dapat elak belanja beli barang tak perlu atau kerap melancong.

Yer la, bila sebut beli rumah deposit RM15,000 semua kata mahal. Tapi bila kita sebut untuk kos pergi balik bercuti pergi Istanbul selama 15 hari/13 malam, semua pakat kata murah. Haha! Sebaiknya kedua-dua baca buku hartanah, saya sarankan beli buku Dr Azizul Azli Ahmad bertajuk Rumah Pertamaku.

Syukur saya dan isteri berbincang sebelum kahwin lagi untuk memiliki rumah sendiri, kami jimatkan kos perkahwinan untuk tujuan ini.

3. Wang Saku Mertua.

Zaman sekarang seperti sudah jadi kebiasaan untuk punya isteri yang bekerja. Paling tidak pun mereka akan aktif buat jualan secara ONLINE. Tak kisah la sama ada sebagai dropship ataupun agen produk.

Sebagai suami kita kena tahu tujuan isteri buat semua tu. Kita kena faham mereka juga seorang anak, ada orang tua untuk dijaga. Paling tidak pun mereka nak buat kerja tu sebab nak bagi ibu dan ayah mereka wang saku belanja bulanan.

4. Bina Keluarga.

Semasa di awal perkahwinan sudah jadi lumrah orang akan doakan agar kita dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Kita sebagai suami isteri pun kena anggap doa itu satu doa yang baik. Bukan perli.

Cuma kita boleh rancang jika mengandung dalam tempoh kurang setahun, apa perlu dilakukan. Jikalau suami merokok mungkin masa itu dah boleh berhenti supaya alih belanja untuk kegunaan anak.

5. Simpanan Keluarga.

Saya lantik isteri sebagai Menteri kewangan keluarga. Kami cipta pelbagai jenis tabung semasa awal perkahwinan, semasa mengandungkan anak pertama malah sehingga ke hari ini.

Di awal perkahwinan kami bina tabung pelaburan bertujuan tujuan kumpul deposit untuk beli apartment untuk disewakan. Kemudian apabila isteri mengandung kami rancang tabung untuk persediaan anak pertama. Dah anak nak bersekolah kami dah sediakan tabung Pendidikan sejak dari awal.

Sehingga ke bajet hari raya, semuanya saya serah kepada isteri beliau rancang. Mana yang tak perlu kami bincang tengok kesesuaian. Kalau tak penting, potong terus dari senarai.

Maksudnya di sini asasnya adalah mesyuarat, perbincangan dan disertakan tindakan. Setiap bulan kami akan debitkan sejumlah wang secara auto untuk tabung simpanan jangka masa pendek dan panjang. Dan semestinya kami tukarkan ia ke dalam bentuk emas fizikal. Takut nanti bocor dibelanjakan.

Setiap bulan kami peruntukkan wang untuk beli buku kewangan, buku menu masakan untuk pertingkatkan wang simpanan keluarga.

Begitulah.

********

Semoga Bermanfaat Dan Sentiasa Berkomunikasi Dengan Pasangan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,059 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen