Ketahui Hukum Dedah Aurat Antara Pergelangan Tangan Dan Lengan Seorang Wanita.

 

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar. Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Islam tidak menetapkan fesyen pakaian tetapi perlu mematuhi garis panduan dan menutup aurat.

Sebagai seorang perempuan Muslim, adalah satu kewajipan untuk menutup aurat seluruh badan kecuali tapak tangan dan wajahnya. Menutup aurat ini tidak hanya tertumpu pada rambut sahaja bahkan lengan, pergelangan tangan serta kaki adalah aurat bagi seorang wanita.


“Tudung hanyalah kain menutup diri, tetapi rasa malu itulah penghalang hati daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Ilahi.”


Apabila Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita.

Mari ikuti penerangan daripada Ustaz Farid Rashidi mengenai aurat tangan dan lengan ini.



Acapkali diingatkan tentang aurat, masih ramai culas. Angguk setuju, namun bila praktisnya masih gagal.

Juga ada yang tak jelas dan terkeliru tentang aurat tangan dan lengan. Bahkan tetap ada yang upload di laman sosial.
Ada juga yang letak sticker emoji untuk tutup, walhal hakikatnya di luar masih terdedah. Nak tipu siapa tu? Allah SWT Maha Melihat tau.

Ingat ya, setiap kali gambar yang kita upload di internet, sangat sukar untuk dipadamkan bila dah tersebar.

Andainya ada setitis rasa takut pada Allah SWT dan runsing mengaut dosa, pasti dia akan berfikir 100 kali untuk buat.

Baiklah, di sini saya simpulkan kembali pandangan para ulama' dan salah faham tentang had aurat pergelangan tangan dan lengan.



Apakah Batas Hukum Menutup Aurat?

1. Telah sepakat Jumhur Fuqaha’ mengatakan aurat wanita itu seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua pergelangan tangan.

Al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi menyebutkan di dalam kitabnya al-Mughni:


“dan telah berkata Malik, al-Auza’ie dan al-Syafie’ bahawa keseluruhan wanita itu adalah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan, dan apa selainnya wajib ditutup di dalam solat”
[Lihat al-Mughni, 1/431]


2. Begitu juga para ulama Syafie’iyyah bersepakat bahawa seluruh badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan.
Imam Syafie’ rahimahullah menyatakan di dalam kitab al-Umm ketika menjelaskan tentang pakaian dalam solat:


“dan setiap wanita adalah aurat kecuali dua tapak tangan dan wajahnya”.


Firman Allah SWT:


وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”
[Surah an-Nur: 31]


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan ‘kecuali yang biasa nampak padanya’?

Menurut para ulama' tafsir ia adalah wajah dan kedua telapak tangan. Wajah dan kedua telapak tangan bukanlah aurat kerana keperluan yang menuntut keduanya untuk perlihatkan.

Ok, yang ini selalu salah faham. Ada yang anggap tak mengapa dedah lengan. Tutup lengan tak nampak ranggi, vogue, rock, hipster kononnya. Dan ada juga yang berpandangan terlalu keras dengan memakai handsock sampai tutup atas telapak tangan dengan beranggapan itu juga aurat.

Sebenarnya perkataan al-Kaffain secara zahir memanglah membawa maksud tapak tangan dalam bahasa melayu. Akan tetapi, perkataan al-Kaffain menurut ulama' fiqh dan bahasa Arab ialah tapak tangan zahir dan batin. Telapak tangan yang zahir ialah bahagian luar manakalah telapak tangan batin ialah bahagian dalam.

Jadi sebagai orang awam, kita perlu belajar dan menuntut ilmu untuk memahami teks bahasa Arab. Salah makna, salah fahamlah nanti. Untuk memahaminya, kita perlu merujuk pandangan ulama' fiqh dan ahli yang mahir berbahasa Arab.


Had pergelangan tangan pula ialah dari jari sehingga tulang al-Ku' (الكوع). Diatas tulang itu maka bukan lagi pergelangan, ia aurat yang perlu ditutup. Wajib tutup ya.

Yang ini pun ramai sangat perempuan di luar sana buah endah tak endah. Selalu sangat buat. Dah diingatkan berkali-kali, tetap kekal tak peduli. Itu belum kira yang pakai t-shirt lengan pendek saiz XS budak sekolah rendah lagi. Padahal saiz dia 2XL. Degilkan?

Allahhu Rabbi.

Kesimpulannya, tutuplah aurat hingga ke pergelangan tangan. Telapak dan punggung tangan hingga ke jari tidak dikira aurat. Nak tutup macammana samaada guna kulit kerbauke, kulit kayuke, guni bawangke, kainke, custom iron man suitke, terpulanglah ok.

Wallahhu a’lam.

Nanti kita sambung bahagian muka (wajah) pula ya.

Jom tolong sama-sama share pesan ini kepada semua kaum hawa yang ‘mampu’ baca artikel ini.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,508 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen