Selain Berjogging, Berjalan Kaki Juga Baik Untuk Kesihatan. Ketahui 8 Manfaat Ini.

 

Bagi mereka yang mahu berjinak-jinak untuk melakukan senaman dan menjaga kesihatan tubuh badan, namun tidak tahu bagaimana untuk memulakan?

Mulakan dengan berjalan kaki dahulu. Berjalan kaki juga memberi banyak manfaat pada kita semua, akan tetapi berjalanlah pada jarak yang jauh dan dalam fasa seperti jogging. Tidak laju, namun tidak juga perlahan.

Perlahan-lahan berjalan kaki setiap hari, mana tahu sudah terdaya untuk jogging dan berlari pada fasa yang laju pula. Jom ketahui 8 manfaat ketika berjalan kaki ini…

1. Dapat menyembuhkan penyakit jantung.

Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih lancar agar segar dan berfungsi normal untuk mengepam darah tanpa henti. Ini dapat membantu jantung untuk berfungsi dengan baik.

2. Dapat mengurangkan risiko diserang stroke.

Menurut kajian, 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga! Wow!

3. Dapat membakar lemak.

Apabila berjalan kaki ini dijadikan sebagai rutin harian, ia membantu untuk meningkatkan metabolism dalam tubuh badan kita. Disamping sejumlah kalori terbuang ketika aktiviti berjalan kaki, lebihan kalori yang tersimpan juga turut terbakar.

Image result for brisk walking gif
Kredit foto: Wordpress

4. Dapat melangsingkan badan.

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, berjalan kaki mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada pada badan terutama perut dan juga kaki. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam. Pada mulanya mungkin anda akan berasa penat, lama-kelamaan anda akan biasa dengannya.

5. Untuk mencegah kanser

Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan. Kanser yang dimaksudkan adalah kanser usus besar. Pergerakan badan membantu melancarkan peristaltik usus dan melancarkan proses buang air besar. Kanser usus dicetuskan oleh najis lama yang ada dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Untuk mencegah osteoporosis.

Berjalan bukan hanya membuatkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan pergerakan badan dan disarankan untuk berjalan di bawah sinar matahari pagi selama 15-20 minit.

7. Untuk mencegah kencing manis.

Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah diabetes, khususnya pada mereka yang berbadan gemuk. Selagi gula darah boleh dikawal dengan cara berjalan (brisk walking), ubat tidak diperlukan.

8. Untuk mengurangkan depresi / tekanan.

Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diambil secara rutin oleh pesakit depresi. Jadi, jika anda berasa tertekan atau despres, berjalanlah kemana-mana untuk 20-30 minit. Mungkin anda akan berasa lebih tenang.

Related image
Kredit Foto: Imgur.com

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,807 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen