Ini 7 Tanda Jika Anda Benar-benar Seorang ‘Gentleman’.

 

Susah sekarang ini ingin mencari jejaka yang punya sifat gentleman pada wanita. Boleh dikatakan semakin ramai lelaki yang mempunyai sifat tidak ambil peduli atau sering menyakiti hati wanita. Tetapi, pastinya ada segelintir yang masih ada sikap gentleman ini. Sisi gentleman yang bagaimana yang diidam oleh seorang wanita? Kami senaraikan 8 tanda menunjukkan lelaki itu seorang yang gentleman. Baca dan cuba ukurnya sendiri sama ada ia kena dengan anda atau tidak?



1. Sopan santun.

Bukan bermakna kamu perlu bercakap seperti perempuan, tapi susun percakapan kamu bila bercakap dengan perempuan. Jangan terlalu kasar kerana hati perempuan sensitive dan cepat terasa. Percakapan dengan orang tua juga perlu dijaga.

2. Ambil berat.

Jika kamu sedang dalam proses memikat seseorang, belajar mengambil berat tentang dia. Contohnya seperti jika dia mengadu tentang masalah di tempat kerja, dengar dan cuba pujuk dia.

3. Konsep ‘after you’.

Dahulukan perempuan seperti bukakan pintu kedai untuknya, bukakan pintu kereta atau ambilkan makanan ketika di majlis perkahwinan teman.



4. Cakap berlapik.

Sekalipun dia nampak kurang sesuai dengan pakaiannya, kamu perlu bercakap berlapik untuk menyampaikan maksud kamu. ‘Mungkin baju ni tak sesuai untuk kita pergi lunch sayang, sebab dia cantik pakai waktu malam’.

5. Kentut dan sendawa.

Eyew! Perempuan kurang selesa lelaki yang begini. Mungkin perkara biasa pada kamu, tapi it’s a major turn off kalau kamu kentut dan sendawa dengan kuat dihadapan dia. Paling teruk bila sendawa berbau.

6. Minta maaf.

Seorang lelaki budiman tidak akan berkira jika dia melakukan kesalahan dan minta maaf dengan perempuan. Perempuan senang dengan lelaki tidak terlalu ego.

7. Merokok.

Jika kamu seorang perokok tegar, cuba elakkan dari merokok dan hembus asap ke muka perempuan (yang tidak merokok). Terutamanya bila dalam kereta berdua, rata-rata perempuan tidak suka dengan asap rokok. Namun, jika anda bukan seorang perokok, anda pasti tampil lebih gentleman di mata dia, nescayalah!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,104 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen