Jika Anak Kecil Anda Bertindik, Ikuti Tips Dari Doktor Ini.

 

Ramai sahaja dikalangan ibu bapa yang mahukan anak perempuan kecilnya bertindik hanya kerana perhiasan semata-mata. Memiliki anak perempuan adalah kegembiraan bagi setiap golongan ibu kerana mahu memakaikan anak mereka dengan pakaian yang cantik ala-ala puteri.

Namun, jika mahu bertindik perlu lah menjaga kebersihan dan kesihatan cuping telinga tersebut yang disarankan oleh Dr Kamarul Ariffin ini…

********

"Doktor, bahagian belakang subang anak saya tenggelam dalam cuping telinga dia!"

Besi tertanam dalam cuping. Baca pun ngilu, kan? Terpaksa saya bedah sedikit cuping telinga anaknya itu untuk keluarkan.

Ramai ibu-ibu yang membawa anak mereka untuk melakukan tindikan di cuping telinga sejak anak-anak itu kecil lagi. Jika ia dilakukan di klinik, biasanya doktor akan nasihatkan tentang penjagaan tindikan baru.

Antranya, cucian luka, tanda-tanda jangkitan, dan tidak dibenarkan buka subang dalam jangka masa lama selagi belum melebihi 6 minggu dari hari tindikan. Ibu bapa lazimnya menjaga dengan baik sepanjang 6 minggu itu.

Namun selepas itu, ramai ibu bapa terlupa tentang penjagaan lubang tindikan pada anak masing-masing. Jika anak anda bertindik sejak awal usia(1-4 tahun), kalian harus jaga tindikan mereka dengan baik sehingga mereka mampu menjaganya sendiri.

1. Jangkitan pada tindikan agak mudah berlaku pada kanak-kanak.

Ini kerana, mereka belum tahu menjaga kebersihan tubuh sendiri. Mereka juga kadang kala tidak pandai mengadu jika ada tanda jangkitan.

2. Kanak-kanak agak lasak, dan berisiko mencederakan cuping telinga kerana subang terkait pada baju, rambut, langsir, pokok atau apa jua di persekitaran mereka.

3. Kecederaan dan jangkitan yang terabai boleh menyebabkan keradangan pada lubang tindikan, dan menyebabkan komplikasi pada cuping telinga seperti:

  • Bernanah.
  • Terbelah.
  • Bengkak(berubah bentuk).
  • Subang tertanam dalam cuping.

Oleh itu, ibubapa yang mempunyai anak kecil yang bertindik disarankan agar mengamalkan perkara-perkara berikut:

1. Periksa cuping telinga anak anda setiap 2-4 minggu. Pastikan tidak sakit, merah, bengkak, berbau, kulit berubah warna atau bentuk.

2. Semasa periksa, buka subang. Bersihkan cuping telinga dengan sabun. Cuci subang dengan larutan yang sesuai. Keringkan sebelum pakai.

3. Digalakkan gunakan subang dengan material yang tidak menyebabkan alahan. Jika subang logam, emas paling kurang sebabkan alergi.

4. Elak memakai subang lebih sebulan tanpa membuka dan memeriksa. Ajar anak tentang kebersihan.

5. Jika ada tanda-tanda jangkitan atau kecederaan, bawa jumpa doktor dengan segera untuk mendapat rawatan yang bersesuaian.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen