Kekejangan Ketika Haid Yang Mengganggu Fokus Anda, Ini 10 Cara Melegakannya.

 

Orang perempuan pasti sangat ketahui akan sakit kekejangan ketika datang bulan. Ini kerana, ada di antara orang perempuan akan mengalami kekejangan ini setiap bulan, bahkan anda yang mengalami kekejangan yang sangat teruk.

Ada juga yang memanggil kekejangan ini sebagai senggut serta turut dikenali sebagai dysmenorrhea. Ia adalah rasa sakit yang dirasai pada bahagian bawah perut yang boleh berlaku sebelum dan semasa tempoh haid.

Tahap kesakitan itu boleh berlaku dari tahap biasa dan menjengkelkan kepada kronik dan melampau. Kekejangan ini cenderung bermula selepas telur dilepaskan ke dalam ovari dan bergerak ke bawah tiub fallopia (ovulasi).

Apabila sudah terlalu kerap berlaku, mungkin ada sesetengah wanita mampu bertahan tetapi, ada sesetengah masa juga kekejangan ini lebih sakit dari biasa. Oleh itu, wanita sering kali mencuba pelbagai petua yang mampu membantunya mengurangkan kesakitan yang dialaminya itu.



Cara menghilangkan kekejangan ketika haid

1. Air



Kekal terhidrasi mungkin tidak menghilangkan kekejangan anda secara terus, tetapi ia membantu masalah kembung, yang menyebabkan kekejangan menjadi semakin teruk. Apabila haid anda tiba, pastikan anda sentiasa membawa air bersama, dan untuk menggalakkan anda minum lebih kerap, perahkan lemon atau masukkan daun pudina. Kurangkan pengambilan garam (jangan pernah kurang daripada 2,300mg sehari) dan elakkan alkohol – kedua-dua ini boleh menyingkirkan air dari sistem badan anda.

2. Makanan menyelesakan



Donut, kerepek kentang, dan pelbagai makanan goreng lain, bukanlah makanan yang sihat. Kekal kepada makanan rendah lemak, tinggi serat, gandum penuh, kacang dan sayuran terutama sayuran berdaun hijau, buah-buahan dan kekacang.

Nutrien seperti vitamin E, B1 dan B6, magnesium, zink dan asid lemak omega-3 – berfungsi untuk menyingkirkan hormon yang menyebabkan kekejangan dan membantu melegakan rasa kekejangan otot yang dirasai.

3. Kafein



Kafein boleh menyebabkan kekejangan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Sebaiknya elakkan pengambilan kopi sebelum dan semasa haid. Anda juga harus menghindari minuman soda, minuman tenaga, coklat atau teh. Jika anda terbiasa mengambil minuman berkafein pada waktu pagi atau sebagai minuman menjana tenaga, anda boleh ubah kepada smoothie sayuran.

4. Pil



Aspirin, ibuprofen dan natrium naproxen dapat mengurangkan kesakitan dan mengurangkan kekerapan masalah kekejangan ini. Sediakan pil ini dalam beg anda supaya anda tidak perlu untuk mencarinya bila diperlukan. Berita baik, ubatan seperti ibuprofen dan naproxen membantu aliran haid anda lebih lancar.

5. Haba panas



Anda boleh memilih pad pemanas ketuhar gelombang mikro, balutan haba tanpa wayar boleh dicaj semula, atau balutan haba pakai buang yang direka untuk melegakan kekejangan haid yang boleh didapati di farmasi atau drugstore.

6. Bersenam



Walaupun tidak ada bukti yang mengatakan bersenam dapat mengurangkan kesakitan period, tetapi ramai individu wanita percaya dengan mengeluarkan peluh dapat mengurangkan kesakitan. Bersenam akan melepaskan endorfin – kimia yang menjadikan otak anda merasa lebih lega. Jadi mulakan bersenam sekarang!

7. Urutan



Tempoh urutan singkat selama 5 minit boleh membantu melancarkan aliran darah dan mengurangkan tekanan untuk membuatkan anda berasa lebih baik. Mulakan beberapa hari sebelum waktu tiba haid anda.

Kajian menunjukkan individu yang mula menggosok krim seperti krim campuran lavender pada perut akan mendapati tempoh kekejangan adalah berkurangan berbanding sebelumnya.

8. Herba



Kunyit, black cohosh, chasteberry dan cramp bark antara herba tradisional yang berfungsi untuk merawat kesakitan. Minyak evening primrose juga dikatakan dapat membantu masalah kekejangan yang dihadapi wanita, tetapi ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Periksa dengan doktor sebelum anda membuat sebarang teh dengan mana-mana herba atau mengambilnya sebagai suplemen. Sesetengah herba boleh menyebabkan masalah perubatan atau menjadikan ubatan kurang efektif, termasuk pil kawalan kehamilan.

9. Acupressure



Menyentuh tempat tertentu pada bahagian perut, belakang badan dan kaki boleh meningkatkan aliran darah dan membantu melepaskan endorfin yang dapat melegakan badan dan fikiran untuk sementara waktu. Terdapat juga bahagian isi antara ibu jari dan jari telunjuk yang dapat melegakan kesakitan. Berjumpa dengan pakar yang bertauliah dan terlatih untuk membantu menentukan titik punca dan bagaimana untuk merangsangnya.

10. Mandi



Penuhkan tab dengan air panas dan buih, sediakan majalah kegemaran atau buku (mungkin itik getah anda). Air suam membantu untuk menenangkan otot dan fikiran. Tidak ada tab mandi? Pancuran air panas juga boleh mendatangkan kelegaan.

11. Mengubah

Anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk tidur apabila anda mengalami kekejangan otot yang teruk. Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, jauhkan telefon dari katil. Cuba ubah rutin tidur untuk mendapatkan tidur yang berkualiti apabila menjelang hari haid anda. Anda mungkin boleh mencuba posisi tidur yang berlainan, terutama jika anda biasa tidur meniarap. Cuba untuk tidur siang, jika boleh.

Mungkin beberapa tips ini akan bersesuaian dengan anda dalam membantu memberikan kelegaan akibat kekejangan ketika haid tetapi ia turut dapat memberikan keselesaan semasa haid.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,865 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen