7 Sebab Lelaki Rendah Lebih Bagus Untuk Wanita.

 

Wanita pada zaman kini, pastinya mendambakan seorang kekasih hati mahupun suami yang lebih tinggi daripada mereka. Ya, wanita di Malaysia secara puratanya berketinggian 158cm. Jadi lelaki ideal untuk wanita mestilah sekurang-kurangnya berketinggian 164 cm (6cm lebih tinggi). Jika tidak, bagi mereka ia kelihatan kekok dan boleh mengundang kutukan? Jika semua wanita di Malaysia mahukan lelaki tinggi, bagaimana pula dengan nasib lelaki rendah? Kasihannya. Kajian antarabangsa merekodkan 90% lelaki mahukan teman wanita lebih rendah daripada mereka. Manakala lebih 50% wanita mahukan teman lelaki lebih tinggi. Apa? Hina sangatkah lelaki yang berketinggian rendah dari wanita? Kami  tidak setuju! Ini kerana ada sebab-sebabnya kenapa lelaki rendah lebih bagus untuk wanita.



1. Lebih menghormati wanita.

Lelaki yang selesa dengan teman wanita mahupu isteri yang lebih tinggi selalunya menghormati kerjaya, impian, kebijaksanaan dan bakat yang ada. Lelaki tersebut secara terangan perasan ‘kekurangannya’ dan akan sentiasa menyokong kamu daripada merendahkan diri kamu. Dia dah cukup rendah untuk mendominasi perhubungan.

2. Sensitif.

Mengapa kami katakan lelaki pendek ini sensitif? Mana tidaknya, sudah pasti lelaki yang ”pendek” ini akan lebih memahami tentang perasaan bagaimana menjadi seorang manusia yang memiliki ‘kekurangan’ daripada sejak azali. Ini sekaligus lelaki rendah akan lebih bijak menjaga perasaan wanita dan tahu untuk menenangkan teman wanita / isteri apabila masalah membelenggu.



3. Berkeyakinan.

Bayangkan, seorang lelaki yang rendah berjaya ‘menundukkan’ seorang wanita yang lebih tinggi. Ini membuktikan lelaki rendah tidak perlu bergantungkan kepada saiz semata. Seadanya mereka serta ditambah dengan keyakinan membuktikan lelaki rendah sama hebat dengan lelaki lain yang lebih tinggi anda. You should be proud man!

4. Rendah ego.

Lelaki rendah mempunyai ego yang rendah berbanding lelaki tinggi. Mereka telah merasa keperitan ketika zaman remaja apabila sering dipandang tidak segagah lelaki tinggi. Jadi lelaki rendah mempunyai satu sifat yang lebih relaks. Cuba bayangkan kalau kamu berdua bergaduh, tentunya dia tidak mahu kehilangan teman wanita tinggi seperti kamu yang sukar untuk dicari ganti, kan?

5. Enggan tunduk pada streotaip.

Lelaki bertubuh pendek umumnya tidak peduli dengan streotaip mengatakan mereka tidak layak untuk wanita lebih tinggi dari mereka. Lelaki rendah pasti lebih nekad dan tegas dalam apa yang mereka inginkan, dan pastinya isu ketinggian bukan sesuatu yang perlu diperbesarkan malah mereka tidak bisa tunduk dengan kecaman dan pandangan serong umum.



6. Hidup lebih lama.

Apa benar dakwaan ini? Berdasarkan kajian terhadap 300 lelaki yang lahir di antara 1867 hingga 1915 di Pulau Sardinia, Itali secara purata lelaki dalam kategori pendek hidup 2 tahun lebih lama daripada lelaki biasa. Hasil kajian ini menyamai keputusan 15 kajian yang dilakukan sebelumnya. Malah, mengikut statistik, majoriti lelaki di Pulau Sardinia ini dikatakan hidup lebih lama berbanding lelaki di negara-negara Eropah lain.

7. Lebih kuat bekerja.

Kenapa kami agak yakin dengan kenyataan ini? Ya, secara psikologinya menunjukkan lelaki rendah lebih kuat bekerja kerana mereka mahu menjadi setanding atau lebih hebat daripada lelaki tinggi. Seakan menganggap saiz mereka yang rendah satu motivasi, lelaki rendah dilihat dan tampak lebih berfikiran luas, kreatif serta rajin dalam memajukan diri berbanding mereka yang tinggi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,901 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen