4 Fakta Kebaikan Kurma Jika Diambil Setiap Hari.

 

Apabila bulan puasa semakin hampir ini tentu banyak iklan-iklan berkaitan kurma mula dipamerkan. Mana tidaknya, kurma ini terlalu sinonim dengan bulan puasa. Kurma juga terbahagi beberapa jenis, ada kurma yang berkualiti bahkan ada juga yang sebaliknya. Bergantung pemilihan anda.

Tapi adakah kurma ini sesuai di makan pada bulan puasa sahaja?



Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau mencadangkan agar kurma ini diambil setiap hari dalam kuantiti yang sederhana.

Jelas beliau lagi, pengambilan kurma memberikan banyak manfaat. Kurma mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan setiap hari. Ia mengandungi mineral potassium, manganese, magnesium, copper, vitamin B6, dan fiber.



4 Khasiat kurma yang perlu anda tahu.

1. Kurma meningkatkan kesihatan otak. Dalam banyak kajian menunjukkan seseorang yang mempunyai bekalan vitamin B6 dari makanan, mempunyai fungsi otak yang lebih baik. Pengambilan kurma dapat menambahkan fokus, berfikir dengan lebih baik dan mudah menghafal.

2. Kurma dapat merendahkan tekanan darah dan mengurangkan mendapat risiko serangan stroke. Kurma kaya dengan mineral magnesium yang sangat penting untuk merendahkan tekanan darah.

American Journal of Clinical Nutrition baru-baru ini menerbitkan satu kajian yang menunjukkan bahawa mineral magnesium dapat menurunkan risiko mendapat risiko stroke sebanyak 10% jika diambil dalam kuantiti yang mencukupi.

Mineral potassium juga penting dalam mengekalkan fungsi jantung dan meningkatkan peredaran darah.

3. Kurma dapat mengurangkan rasa sakit dan keradangan kerana kehadiran mineral potassium. Oleh itu kurma sangat bermanfaat untuk mengurangkan keradangan sendi (terutama sakit lutut).

4. Kurma meningkatkan kesihatan usus dan mengelakkan masalah IBS, buasir dan sembelit yang kronik. Ia juga dapat merendahkan risiko mendapat kanser usus (colon cancer).

Bagi mereka yang ada masalah diabetes, berbincanglah bilangan kurma yang harus diambil. Bagi mereka yang tiada masalah kesihatan, saya cadangkan segenggam kurma dan dalam bilangan yang ganjil, samada 5-7 biji sehari. Contohnya 3 biji waktu pagi dan 4 biji waktu malam. Sesuai diambil sbg pencuci mulut juga.

Jadi apa tunggu lagi, mari lah kita amalkan pengambilan kurma setiap hari.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,000 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen