Periksa Tekanan Darah Antara Langkah Awal Penjagaan Jantung Anda.

 

Kebanyakan orang dw=ewasa akan terlibat dengan kes serangan jantung hingga menyebabkan kematian. Jantung adalah organ terpenting untuk menghidupkan semua system biologi dalam tubuh badan. Bukan itu sahaja, jantung juga berfungsi sebagai orang yang mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh badan.

Namun disebabkan gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jatung. Justeru itu, untuk memastikan anda memiliki badan yang sihat, adalah tersangatlah wajar sekiranya anda memberi perhatian terhapa kesihatan jantung anda.



Serangan sakit jantung secara mengejut dan lambat mendapatkan rawatan boleh menjadi punca kepada kematian. Ada banyak cara menjaga kesihatan jantung yang boleh kita amalkan sebagai langkah awal pencegahan sakit jantung.

Menurut Dr Azima, lakukan pemeriksaan tekanan darah merupakan salah satu langkah penjagaan jantung pada peringkat awal.



Memeriksa tekanan darah anda itu adalah penting tau sebenarnya. Ia mengukur tekanan yang melalui saluran darah anda dalam setiap denyutan jantung anda.

Sekiranya tekanan darah anda telah naik terlalu tinggi, tekanan yang tinggi ini boleh merosakkan dinding arteri anda dan menyebabkan kecederaan kepada tisu. Keadaan ini akan menyebabkan darah dan oksigen lagi sukar untuk pergi dan balik daripada jantung. Jantung perlu mengepam lebih kuat dan lama-kelamaan akan menjadi lebih penat. Jika jantung juga tak cukup oksigen, bahagian tubuh badan kita akan mula terjejas.

Kurangkan atau hadkan garam dalam makanan, berhenti meminum alkohol, lebihkan makanan sihat, kawal tekanan perasaan dan lakukan senaman. Perubahan ini akan mampu mengurangkan tekanan darah anda kembali kepada paras yang normal. Jika tidak, doktor anda mungkin akan mencadangkan anda mengambil ubat-ubatan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen