Ibu-Ibu Kalau Mahukan Kulit Bayi Cerah Dan Bersih, Boleh Amalkan 10 Makanan Ini.

 

Selalu kalau tengok bayi yang putih gebu ini sememangnya membuat ramai orang geram dengannya. Selalunya bayi yang begini lebih mudah untuk mendapatkan perhatian dari orang sekeliling, malah mudah mencuri perhatian mata-mata yang melihatnya.

Sudah menjadi angan-angan dan impian ibu bapa untuk mempunyai bayi yang sihat dan sempurna dari segenap aspek termasuklah kulitnya. Setiap ibu bapa mahukan kulit bayi mereka gebu, cerah dan bersih agar sedap untuk dipandang dan lembut ketika dipegang.

Persoalannya, bagaimanakah untuk mencapai kemahuan ibu bapa ini? Sebenarnya, kuncinya terletak kepada ibu yang sedang hamil. Terdapat 10 makan ibu hamil perlu ambil jika mahu kulit bayi cerah dan bersih. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.



1. Susu saffron



Saffron merupakan sejenis rempah yang termahal di seantero dunia. Ibu hamil boleh mengamalkan minum susu yang mengandungi campuran saffron kerana ia dipercayai dapat meningkatkan kecerahan warna kulit bayi dalam kandungan.

2. Kelapa



Air kelapa mengandungi elektrolit tinggi yang mempunyai manfaat sebagai antioksidan alami bagi ibu yang sedang hamil. Ia juga dapat membantu badan kekal berhidrasi selain membantu menjernihkan air ketuban. Disebabkan itu, air kelapa dipercayai dapat membuat kulit bayi dalam kandungan menjadi bersih.

3. Telur



Telur mempunyai dua bahagian iaitu kuning dan putih. Jika ibu hamil yang mahukan kulit bayi cerah dan bersih, ambil putih telur ini ketika trimester kedua kehamilan anda.

4. Oren



Ketika hamil, vitamin C perlu diambil pada kadar yang sepatutnya. Oleh itu, buah oren merupakan pilihan yang tepat. Selain itu juga, kandungan asid folik dalam buah oren dapat membantu mencerahkan dan membersihkan kulit bayi dan membantu pertumbuhan janin yang sihat.

5. Nanas



Terdapat beberapa negara di benua Asia yang mempercayai pengambilan jus nanas oleh ibu yang sedang hamil seminggu sekali dapat membuat kulit bayi dalam kandungan cerah dan bersih.

6. Anggur



Pengambilan jus anggur juga dipercayai dapat mencerahkan dan membersihkan kulit bayi dalam kandungan. Ini kerana buah anggur mempunyai kandungan alpha hydroxy acids yang sememangnya bagus untuk kulit.

7. Jintan manis



Di India, ibu yang sedang hamil percaya jika minum air rendaman biji jintan manis sebanyak 3 ml pada setiap pagi, ia dapat mencerahkan dan membersihkan kulit bayi dalam kandungan. Bukan sahaja itu, ia juga bermanfaat untuk mengurangkan gejala ‘morning sickness’ yang kerap dialami oleh ibu hamil.

8. Kacang badam



Sepanjang kehamilan, ibu hamil boleh mengamalkan makan badam atau minum susu yang diperbuat daripada badam untuk membantu perkembangan janin yang sempurna. Paling penting, ia juga dipercayai dapat mencerahkan dan membersihkan kulit bayi dalam kandungan.

9. Kacang hijau



Bubur kacang hijau atau air rebusannya boleh diambil oleh ibu yang sedang hamil kerana ia dipercayai dapat menjernih air ketuban. Selain itu, ia juga mampu membantu bayi mendapatkan kulit yang cerah dan bersih.

10. Lobak putih



Sesuai dengan namanya, lobak putih sememangnya dapat mencerahkan dan membersihkan kulit bayi dalam kandungan ibu hamil. Ini kerana ia mengandungi antioksidan dan mineral yang sememangnya bagus untuk kulit.

Namun begitu, ini hanya sekadar makanan tambahan yang mampu mempengaruhi kondisi kulit bayi dalam kandungan anda. Anda disarankan untuk berjumpa pakar perubatan atau pakar kulit bagi mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan yang diperlukan untuk mendapatkan bayi yang berkulit cerah dan bersih.

Seharusnya, kecomelan seorang bayi itu tidak diukur melalui warna kulit mereka. Setiap bayi yang dilahirkan adalah berbeza-beza dan indah bagi setiap pasangan ibu bapa yang melahirkannya. Oleh itu, hargailah dan sayangilah si kecil anda dengan sebaiknya tanpa mengira penampilan mereka.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,201 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen