"Belum Bertemu Jodoh Tidak Semestinya, Tidak Bahagia."

 

Apabila bercakap mengenai kebahagian ini, pasti ramai menganggap punca sebuah kebahagiaan itu adalah bermula dengan sebuah perkahwinan dan membina sebuah keluarga. Bertemu dengan jodoh yang ditunggu selama ini, bahkan membina kehidupan dengan cinta hati itu adalah salah satu kebahagiaan sedangkan terdapat pelbagai kebahagiaan yang lain.

Ramai yang tidak sedar sebenarnya sebuah kebahagiaan itu bukan terletak pada jodoh atau perkahwinan sahaja, banyak perkara yang boleh menimbulkan kebahagiaan itu. Dan yang paling penting kebahagiaan itu perlu dimulakan dengan diri sendiri dahulu.



Berdasarkan pandangan seorang Pendakwah Bebas Datuk Hassan Mahmood al Hafiz dalam perkongsian dari Sinar Harian akan “Belum bertemu jodoh tidak semestinya tidak bahagia” semestinya akan membuka mata mereka-mereka yang sedang menanti jodoh untuk membahagiakan diri mereka.



Lewat atau cepat jodoh itu adalah ketentuan Tuhan. Bagaimanapun, mereka yang belum diketemukan jodoh tidak bermakna mereka tidak bahagia dan gembira. Bahagia atau tidak seseorang itu bukan bergantung kepada statusnya. Sebaliknya, ia datang daripada diri sendiri. Demikian pandangan pendakwah bebas, Datuk Hassan Mahmood al Hafiz.
Beliau berkata, soal kegembiraan seseorang bukan ditentukan oleh perkahwinan.

“Ia (perkahwinan) itu satu daripada naluri, kehendak dan kehidupan. Perkahwinan bukan perkara wajib.

“Ada orang diberi kesempatan untuk berkahwin dan ada juga sebaliknya. Contoh terdekat ialah Nabi Isa, Imam Nawawi Al-Azhar dan alim ulama yang lain. Tetapi mereka tetap hidup bahagia,” katanya.

Menurutnya, ukuran bahagia itu bukan terletak pada jodoh itu cepat atau lambat tetapi ia terletak kepada diri sendiri bagaimana untuk mengawal dan mengendalikan nafsu.

Hassan Mahmood mengingatkan mereka yang belum bertemu jodoh agar tidak bersedih dan berasa terpencil daripada pandangan masyarakat.

“Ingat, wanita yang masih bujang sebenarnya ALLAH beri peluang kepada mereka untuk cari ilmu dan buat lebih amalan.

“Ketika bujang ini, carilah ilmu dan buatlah sepenuh amal sebagai bekalan untuk akhirat nanti. Inilah hikmahnya bila ALLAH belum menemukan jodoh buat mereka.” ujarnya.

Jika kedudukan kewangan kukuh, katanya, ambil anak yatim dan bela seperti anak sendiri.

“Dengan cara itu ia dapat memghilangkan rasa sunyi dan dapat berkongsi kasih sayang dengan mereka,” jelasnya.

Katanya lagi, jika ditakdirkan jodoh tiba tatkala usia sudah bertambah, jangan sesekali tolak sebaliknya terima dengan hati yang terbuka.


 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 491,043 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen