Peguam Ini Kongsi 3 Point Penting Yang Selalu Timbulkan Kekeliruan Orang Ramai Apabila Berkaitan Pembahagian Harta.

 

Apabila bercakap mengenai harta, pasti akan menimbulkan kekeliruan orang ramai. Mana tidaknya, kadang kala kita kurang pemahaman mengenai perkara sebegini. Apa yang kita tahu adalah harta pusaka sahaja, sedangkan dalam pembahagian harta masih ada dua perkara lain yang perlu diketahui iaitu harta sepencarian dan juga wasiat.

Sebab itulah apabila melibatkan harta ini ia akan menjadi punca pergaduhan adik beradik, suami isteri serta orang sekeliling yang merasakan dirinya berhak ke atas harta tersebut. Sebelum membuat apa tindakan sendirian, adalah lebih baik mendapatkan khidmat nasihat dari pihak yang lebih pakar dalam bidang ini.

Jom kita ikuti perkongsian daripada Puan Roslina Sabiyah, seorang Peguam Syarie yang mempunyai pengkhususan dalam bidang perunding keluarga dan harta pusaka mengenai pembahagian harta pusaka secara ringkas.



Terima kasih atas soalan pembaca ini. Nampak je mudah soalannya tapi saya nak kongsikan di sini sebab ada 3 point penting dalam soalan ini yang biasanya boleh menimbulkan kekeliruan ramai orang. Saya sentuh secara ringkas saja ye.

1. Harta Pusaka

Semua harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada dalam bentuk harta alih (kereta, akaun bank, barang kemas dsb) ataupun harta tak alih (tanah, rumah, kebun, bangunan dsb). Pendek kata, harta pusaka ialah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya dan apabila dia meninggal harta-harta tersebut akan jadi harta pusaka.

Apabila dah jadi harta pusaka automatik ia akan tertakluk kepada hukum faraid. Walaupun waris-waris tak menyumbang langsung dalam mendapatkan harta-harta tersebut semasa si mati masih hidup ataupun waris-waris tak pernah muncul langsung dalam hidup si mati, tetapi lepas meninggal tiba2 ada waris yang baru muncul.. tetap tidak akan menghalang waris-waris tersebut untuk mendapatkan hak faraid mereka (kecuali ada sebab-sebab tertentu yang menghalang contohnya waris tersebut yang membunuh si mati untuk mendapatkan harta etc).

2. Harta Sepencarian

Sebenarnya lebih eksklusif untuk suami isteri sahaja. Maksudnya apa sahaja harta yang diperolehi oleh suami atau isteri dalam tempoh perlahwinan mereka, suami isteri tersebut ada hak harta sepencarian ke atas harta satu sama lain. Sekiranya pasangan meninggal dan tak pernah menuntut harta sepencarian, ia dianggap telah menggugurkan hak harta sepencariannya dan waris-waris pasangan tersebut tak boleh tuntut hak harta sepencarian ke atas pasangan yang masih hidup. Jika salah satu pasangan meninggal dan ingin menuntut harta sepencarian maka pasangan yang hidup berhak mendapat bahagian faraid dan juga bahagian harta sepencarian ke atas harta tersebut.

Tapi sekiranya harta tersebut telah diperolehi atau dibeli sebelum tempoh perkahwinan, maka pasangan tidak boleh menuntut harta tersebut sebagai harta sepencarian tetapi mereka masih boleh mendapat harta tersebut sebagai harta pusaka mengikut kadar bahagian faraid mereka sahaja.

3. Wasiat

Dah banyak kali diulang bahawa wasiat hanya boleh dibuat kepada BUKAN waris dan hanya terhad kepada 1/3 sahaja. Baki 2/3 lagi adalah untuk difaraidkan kepada waris-waris. Jika buat wasiat kepada waris juga, perlu dapat persetujuan semua waris yang lain baru wasiat tersebut boleh dilaksanakan. Jika ada waris yang tak setuju, maka wasiat tersebut tak boleh dilaksanakan dan pembahagian secara faraid akan terpakai.

Isteri buat wasiat bagi harta kepada adik-beradik. Kena tengok adakah adik-beradik itu waris faraid? Jika isteri meninggalkan anak lelaki atau ayah masih hidup, maka adik-beradik bukanlah waris faraid. Maka adik-beradik berhak dapat wasiat tu cuma terhad hanya 1/3 sahaja. Kalau nak bagi semua harta, kena waris yang lain setuju. Tapi kalau isteri tiada meninggalkan waris asobah, maka adik-beradik adalah waris faraid dan suami boleh cabar wasiat tu kalau dia tak setuju..

Faham tak? Tak apa, pelan-pelan kayuh. Biar tahu sikit jangan tak tahu langsung.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,121 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen