Antara Kesan-Kesan Apabila Suami Tidak Sengaja Tertinggi Suara Kepada Isteri.

 

Sebagai seorang lelaki, dirinya lebih ego jika dibandingkan dengan seorang wanita. Malah kata-katanya lebih kasar dan cakap lepas sahaja. Ini kerana dari kalangan kawan-kawan lelaki, jika dilemparkan dengan kata-kata kesat semuanya dianggap biasa kerana ‘Lelaki kan Kental’, mana boleh berhati sensitif.

Namun, situasi ini tidak boleh dibandingkan sekiranya sudah berkahwin.

Dengan isteri mana boleh cakap lepas. Mana boleh tinggi suara tanpa sebab yang tertentu. Mana boleh herdik atau caci-maki sesuka hati. Jika terlalu kerap ia berlaku pada isteri, hati isteri menjadi batu dan tiada lagi emosi.

Jika berlaku pada kawan-kawan, kawan-kawan akan pergi dan boleh mencari kawan baru.

Jika berlaku pada adik-beradik, Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus. Hubungan pasti akan bertaut kembali.

Jika terjadi pada isteri? Isteri hilang, tiada lagi kasih sayang, rumah tangga serabut dan hubungan pasti menjadi berantakan sehingga berlaku perceraian.

Ini kesannya apabila suami tidak sengaja tertinggi suara kepada isteri…

1. Semua perkara yang dilakukan oleh suami serba tidak kena.

Apabila ego menguasai diri, maaf tidak diungkap, tidak mustahil sekiranya kerja satu hari semuanya tidak kena sahaja. Malahan, satu persatu mendapat balasan yang tidak terjangka oleh-Nya. Sebagai contoh, ketika memandu kereta untuk pergi kerja, banyak sahaja gangguan di jalan raya seperti kemalangan, pemandu yang tidak berhemah (tidak bagi signal, terus memotong tidak bagi isyarat, hampir terlanggar) dan sebagainya.

Di pejabat pula, tiba-tiba ditengking oleh majikan, urusan kerja yang tidak memuaskan, sehingga makan pun tidak selera.

2. Isteri mula memendam rasa, dan berlawan dengan emosi.

Apabila ditengking oleh suami sendiri, isteri mana sahaja yang tidak terkilan hatinya. Sebagai manusia biasa, sudah tentu hati mudah remuk dan mula bercakap sesuatu yang diluar jangkaan. Hati manusia ketika marah dan sedih, pasti sanggup melakukan apa sahaja. Mula berdendam, dan doa yang bukan-bukan untuk suaminya.

3. Isteri mula tidak redha dengan semua sikap suami.

Jika situasi ini kerap berlaku, dan berulang-kali sesiapa sahaja akan mula berasa bosan. Ungkapan maaf sudah berkali-kali, namun kesalahan yang sama pasti berulang. Dalam rumah tangga, sekiranya ini yang berlaku, tidak mustahil isteri mula tidak redha dengan suami sendiri. Oleh sebab itu, kadang-kala suami akan berasa duit gaji tidak cukup, rezeki yang tidak berkat, malah buat apa sahaja tidak kena.

4. Berlakunya kes ungkit-mengungkit.

Apabila, semua perkara yang suami buat tidak kena, isteri mula berdendam dan tidak redha dengan suaminya, sedikit sebanyak memberi kesan pada rumah tangga dan sering berlaku pergaduhan. Suami isteri tidak puas hati antara satu sama lain, dan mula mengungkit segala perkara yang pernah dilakukan sama ada baik ataupun buruk.

Tiba-tiba bercakap mengenai ikhlas atau pun tidak. Kalau dah mengungkit, namanya tidak ikhlas.

5. Hidup tak tenang.

Lalu, situasi sebegini mendorong pada kehidupan yang tidak tenang dan tidak selesa. Bukan sahaja pada suami, isteri juga akan mula berasa begitu. Tiada lagi perasaan kasih sayang dan cinta dalam diri, kerana hati masing-masing sudah membenci.

Kesimpulannya, siapa sahaja yang melakukan kesilapan, cepat-cepatlah mengaku kesalahan dan meminta maaf. Jangan biarkan kehidupan suami isteri tanpa komunikasi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,859 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen