Isteri Selalu Marah-Marah Sepanjang Masa, Kenapa Ya?

 

Pernah atau tidak suami-suami baru pulang dari kerja tiba-tiba isteri mula membebel dan buat muka, sedangkan penat anda di tempat kerja belum lagi hilang kini ditambah pula dengan pebat dengar segala bebelan isteri. Bukan itu sahaja, kadang kala anda lihat isteri diam dan buat muka tanpa anda tahu sebabnya bukan.

Bila ditanya pasti akan jawab tiada apa-apa, itu yang menyebabkan anda malas untuk bertanya.

Anda perlu tahu bahawa wanita ini apabila dia sedang marah, dia lebih mudah untuk sembunyikan kemarahan mereka jika hendak dibandingkan oleh orang lelaki yang akan menunjukkan kemarahan mereka ini.



Apa yang menjadi punca seorang isteri marah sepanjang masa?

1. Berfikir secara berlebihan yang mungkin tidak difikirkan oleh anda.

Anda mungkin tidak dapat tangkap apa yang bermain di dalam fikiran mereka. bukan itu sahaja, keletihan menguruskan anak-anak serta kerja di pejabat membuatkan dirinya berfikir secara berlebihan yang menyebabkan dirinya lebih tetekan dan membuat dirinya marah tanpa sebab.

Walaupun anda melihat perkara-perkara tersebuat sebagai perkara yang kecil tetapi isteri anda mungkin menganggapnya satu hal yang besar.

Jadi cuba meringankan sedikit beban yang dipikul di bahunya itu dengan menghulurkan bantuan atau mengenali stress isteri anda. Barulah kurang sedikit marahnya itu.

2. Rasa ketidakadilan dalam melakukan kerja rumah.

Cuba anda bayangkan jika semua kerja dia perlu melakukan seorang diri. Baik dari menguruskan anak-anak sehinggalah menguruskan rumah semuanya di bahunya. Apabila pulang sahaja dari kerja, dia terus mula melakukan tugas-tugas sebagai suri rumah pula sedangkan anda apabila pulang kerja terus menonton televisyen dan berehat.

Pasti rasa tidak adil itu akan bermain di hati dirinya. Ini kerana pembahagian kerja rumah seharuslah dibahagi sama rata, tapi umumnya isteri memang akan mengambil bahagian yang paling banyak dan merumitkan. Ini yang membuatkan isteri menahan marah dan letih bertahun-tahun sehingga hilang kemesraan terhadap anda.

3. Mereka terasa lemah dan tidak berdaya.

Apabila terlalu banyak beban yang dirasai sehingga masa rehat untuk dirinya semakin kurang, maka dia terasa begitu letih. Dengan cara sebegini salah satu cara untuk membantunya menghilangkan segala rasa yang ada di dalam hatinya.

Jadi, jika anda tidak mahu mengulurkan bantuan maka sentiasa bersedia untuk menghadap setiap marahnya itu. Anda perlu tahu mereka ini lemah dan perlukan sokongan dari anda. Jangan biarkan mereka dalam keadaan ini selalu.

Tidak mahu isteri marah sepanjang masa, suami perlu bijak memainkan peranannya. Jika anda bosan dengar setiap kemarahan isteri anda, mereka juga bosan dengan sikap anda yang malas mengulurkan bantuan itu. Jadi sama-sama anda fikirkan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen