Tanpa Ibu Bapa Sedar, Anda Yang Mengajar Anak Supaya Menyalahkan Orang Lain Melalui Cara Ini.

 

Biasalah sebagai ibu bapa sememangnya sayang akan anak-anak mereka ini, sehinggakan tidak mahu seekor nyamuk menggigit mereka. Ibu bapa juga tidak sanggup melihat anak mereka terluka mahupun menangis kerana kesakitan, hinggakan kadang kala ibu bapa boleh ikut menangis sekali.

Tapi itulah, kerana terlalu sayangkan anak, kebanyakkan ibu bapa tidak sedar mengajar perkara yang tidak sepatutnya kepada anak-anak mereka ini. Terutama dalam mengajar menyalahkan orang lain.

Sedangkan rasa sakit, menangis, gembira dan sebagainya itu adalah salah satu cara untuk belajar sesuatu dalam kehidupan. Tapi sebab tidak nampak kebaikannya maka banyak ibu bapa lakukan sebaliknya. Mari ikuti perkongsian ibu Ain Zul ini.



Tanpa sedar kita sendiri yang ajar anak kita supaya menyalahkan orang lain!



Ni mummy share hasil dari kelas parenting yang mummy join.
Kita semua tak perasan pun, benda kecik macam ni bila di ajar dari kecik, anak tend to put the blame on others.

Mummy amek contoh si Aileen jatuh bila naik tangga, lepas tu dia menangis kan.
Nak anak diam, kita pun cakap " Anak mummy jatuh ye, sape buat. Tangga ni buat ye. Ape lah tangga ni, mummy pukul tangga ni aipppppp ape buat aileen nangis niii!" Sambil tangan kita tepuk pukul tangga.

Ya Allah salah rupanya cara tu. Mummy pun baru belajar tau.

Instead of menyalahkan benda lain, sebetulnya kita kena ajar anak kita supaya next time perlu hati-hati bila naik tangga. Kalau jatuh sekali, boleh cuba lagi. Mungkin dia tak extra careful pada awalnya. Haaaa cenggitu.

Kalau kita da biasa buat konon-konon pukul barang sebab anak kita nangis, indirectly kita da ajar anak kita supaya menyalahkan orang lain/benda di sekitar yang sepatutnya anak sendiri kena perbaiki diri.

So even buat-buat pukul barang pun tak boleh uuuuu!

Apetah lagi kita marah anak yang lain, contoh kalau ada dua beradik, adik nangis pastu ibu salahkan "Abang long, nape buat baby nangis?"

Itu pun salahhhhh. Boleh buat adik beradik lain rendah self esteem.

Lepas ni sama-sama kita jangan buat lagi tau. Perlu SHARE dengan partner masing-masing benda ni. Penting sangaddd!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,919 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen