"Bukan Hipokrit Tetapi Ini Nak Tujukan Bahawa Anak Mereka Buat Pilihan Yang Tepat Di Hadapan Keluarga Mertua."

 

Kadang kala bukan mahu berlagak atau mahu tunjuk diri itu bagus tetapi lebih mahu menjadi seorang suami yang baik buat isteri bahkan menantu yang baik di depan mertua. Mana tidaknya, bila sudah bercampur dengan ipar-duai yang lain pasti akan ada yang mula memerhati dan buat perbandingan.

Dan sudah tentulah mertua salah seorang yang akan mula memerhati setiap gerak geri anak menantu mereka untuk ketahui sikap mereka terhadap anak-anak mereka.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa sikap dan layanan terhadap pasangan kita itu juga akan diperhatikan oleh keluarga mertua kita. Kerana dengan sikap dan layanan itu mereka dapat mengetahui adakah anaknya itu bahagia atau sebaliknya.

Seperti yang dikongsikan oleh suami serta bapa Akhtar Syamir ini, semoga ia menjadi renungan dan manfaat kepada kita.



Menjadi suami terbaik di hadapan keluarga mertua.

Bukan hipokrit, tetapi mengesahkan pemilihan anak mereka itu satu pilihan yang tepat. Ini sentiasa bermain di fikiran saya apabila berada di kalangan ipar duai dan mertua.

Saya nak tanggapan yang baik itu. Saya mahukan isteri saya nampak berjaya di mata keluarganya kerana mempunyai suami yang hebat.

Suami yang hebat ini bukan untuk berbangga-bangga atau perasan, jauh sekali untuk berlagak bagus. Suami yang hebat ialah suami yang membuatkan isterinya nampak hebat.

Bagaimana? Dengan mendahulukan dan mengutamakan isteri terutamanya apabila berada bersama keluarganya.

Pertama, apabila waktu makan tiba, utamakan isteri supaya dia dapat makan bersama keluarganya. Tak salah jika si suami jaga dulu anak yang kecil. Bukan selalu mereka dapat makan bersama.

Satu lagi cara membuatkan isteri nampak hebat ialah dengan menjadi ipar dan menantu yang baik. Pergaulan yang baik dengan mertua dan adik beradik isteri sepatutnya menjadi keutamaan yang paling tinggi.

Kita masuk tempat orang, kita kena bagi orang selesa dengan kita. Jangan jadi seperti pencuri, mengambil sesuatu dari tempat orang dan berlagak seperti orang asing dengan tidak menyesuaikan diri dengan keluarga isteri.

Tanya sepatah, jawabnya sepatah. Muka nak senyum pun susah. Memang nampak seperti si suami tidak mahu berada di situ. Ini antara benda yang sering orang buat tanpa mereka sedari. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Pastinya suami itu akan mendapat tanggapan yang tidak baik.

Ketiga, menonjolkan kemesraan dengan isteri. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk mereka tahu yang anak atau adik kakak mereka sedang gembira dan dijaga dengan baik oleh kita.

Keempat, dari segi fizikal isteri. Cantikkan dia. Jaga pemakaian dan rupa parasnya. Kalau boleh, isteri nampak lebih cantik berbanding saat pertama kita ambil dia dari keluarganya. Tak salah jika seorang suami berbangga dengan rupa paras isterinya apabila dia berada dengan keluarganya sendiri.

Kelima, jika ada perbezaan pendapat pada waktu ketika berada bersama mereka, simpan dahulu dan berbincanglah secara baik dengan isteri sahaja tanpa pengetahuan keluarganya. Ingat, persembahkan yang terbaik sahaja. Apa sahaja yang boleh mendatangkan tanggapan yang tidak baik, selesaikanlah di belakang.

Semua ini perlu dibuat bukan sahaja untuk menonjolkan kehebatan isteri, tetapi untuk menjaga aib isteri juga. Jika suami sentiasa moody, bermasam muka, tidak mesra dan nampak tidak selesa, pastinya akan menzahirkan perasaan malu pada diri isteri di hadapan keluarganya sendiri.

Pokok pangkalnya, kita tonjolkan kebaikan yang selalu kita buat pada isteri kita kepada keluarganya. Saya percaya, si isteri akan sangat-sangat menghargainya. Hasilnya, perkara yang sama akan dibuat oleh isteri di hadapan keluarga suami pula. Bukankah itu yang terbaik?

Semoga dapat memberi inspirasi. Kongsikan ilmu ini kepada semua. Saya yakin, ramai yang memerlukan suntikan idea seperti ini. In Shaa Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen