Jenis-Jenis Kasut Yang Mungkin Akan Cederakan Kaki Anda.

 

Kita sebagai orang perempuan ini kalau pilih kasut hanya sekadar melihat reka bentuk dan juga trend masa kini sahaja. Paling tidak pun kita lihat mana kasut yang paling cantik dan yang kita berkenan di kedai itu. Tidak cukup satu kedai, ke kedai-kedai yang lain pun kita sanggup pergi asalkan dapat kasut yang diidamkan.

Tapi dalam tengah cari kasut, pilih dan cuba kasut itu, tidak pernah pun kita fikirkan akan kesannya terhadap kita. Tidak pernah pun kita buat sedikit kajian akan kasut yang bakal kita beli itu.

Adakah reka bentuknya bahaya untuk kesihatan atau tidak? Adakah ia sesuai untuk tubuh badan kita atau tidak?



Menurut kajian, dalam setahun kita berjalan kira-kira 245 hingga 292 km. Memang jauh dan ia memerlukan keselesaan seperti kasut dan aksesori kaki yang sesuai.
kasut flat jejaskan belakang badan? ini kasut-kasut yang tak baik untuk kesihatan

Walaupun banyak fesyen menarik ada masa kini, berikut adalah 5 jenis kasut yang bukan je menjejaskan kaki, tapi memberi kesan kepada tubuh lain yang berkait.

1. Kasut Runcing



Jenis kaki lebar adalah tidak sesuai dengan kasut ini. Ia membuatkan kaki menjadi tertekan dan menyebabkan sakit saraf dan melecet.

2. Selipar



Ramai beranggapan selipar adalah alas kaki yang paling selesa. Namun, selipar membuatkan kaki khususnya ibu jari mudah melecet. Tambah lagi, selipar membuatkan ketidakselarian buku lali dan lutut kerana kaki tidak disokong dengan baik. Malah, selipar membuatkan kaki cepat penat!

3. Kasut Tumit Tinggi



Kasut tumit tinggi membuatkan sakit belakang pada si pemakai. Ia direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang, menyebabkan pinggul terkeluar dari kedudukan asalnya. Ia menyebabkan masalah kesihatan dan pada badan.

4. Kasut Flat



Kasut flat mempunyai tapak rata yang menyebabkan tekanan pada bahagian plantar fascia, iaitu bahagian tengah kaki. Ia menyebabkan rasa sakit pada lutut dan badan.

5. Kasut Jenis Platform



Kasut tidak fleksibel ini mempunyai ruang terhad. Ia menyebabkan kesakitan khususnya pada kaki.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen