Lupa Letak Barang Di Mana, Apa Kata Cuba 3 Petua Ini.

 

Sebagai manusia biasa kita sememangnya mudah panik apabila terlupa meletakkan barang kesayangan di mana. Mana tidaknya, kadang kala kita tidak sedar bahawa kita letakkannya di tempat lain tetapi mencarinya di tempat yang lain.
Bila dah tak jumpa mulalah nak marah, geram dan stress. Selalu bukan jadi macam ini?

Cari dah merata - rata tapi tak jumpa juga, apa kata anda cuba 3 petua ni. In Sha Allah kalau ada rezeki ada lah terjumpa nanti barangnya.



Petua 1:

Baca selawat berulang - ulang kali ketika anda mencari dan sambil sambil tu fikir semula bilakah dan dimana kali terakhir anda ternampak atau menggunakan barang tersebut. Jika barang itu masih ada di rumah InshaAllah anda akan menemuinya.

Petua 2:

Baca:

1. Al-Fatihah 7 kali

2. Al Fath 1-3 7 kali

3. Al Khafi Ayat 19 7 kali

4. Surah Al-Ikhlas 7 kali

5. Selawat 7 kali

6. Ya Allah 3 kali.

7. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' 119 kali

8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Petua 3:

Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.



Berkata Imam Nawawi:

“Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen