Tak Salah Kalau Jadi Sombong Selepas Pegang Status Suami...

 

Bila sudah bergelar suami orang ini kadang kala kita perlu tahu mengawal diri dan juga keadaan. Bukan hanya itu, kita juga perlu sedar siapa kita sekarang ini. Ada hati yang perlu dijaga bahkan setiap tindak tanduk kita ini mungkin memudahkan dirinya terluka.

Suami-suami perlu ingat, apabila isteri mula rasa tidak bahagia maka rumah tangga akan goyang malah rezeki juga akan turut menjadi ujian anda. Apa kata apabila sudah berkahwin ini kita mula fokus kepada anak dan isteri kita sahaja, tidak perlu nak jadi baik hati sangat atau peramah ini.

Tidak salah apabila kita sudah memegang status sebagai suami orang ini kita mula menjadi seorang yang sombong seperti yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini.



Bila dah jadi suami orang, adakalanya perlu untuk kita jadi "sombong"...

Bukan sombong yang menjengkelkan, tapi sombong yang jenis tidak terlalu peramah, tidak terlalu baik dan tidak terlalu melayan wanita yang selain daripada isteri kita, ibu kita, adik beradik kita...orang luar dari rumahtangga kita especially kaum hawa di tempat kerja dan di media sosial...

Sebab kita ni suami orang...

Perbuatan terlalu ramah, terlalu baik, terlalu melayan akan menimbulkan konflik dalam rumahtangga sendiri...

Dia datang mintak tolong tentang kerja, tolong hanya tentang kerja...dia nak suh antar dia balik rumah dia ke, nak suh tolong beli barang dekat dia ke, itu dah di luar bidang kerja kita dan kita tidak dipertanggungjawabkan untuk membantu dia selagi dia masih bertangan, berkaki, celik, tak pekak dan tak bisu...

Dia boleh buat sendiri kan...

If dia ada masalah, suh dia cari kaunselor or ustazah...kita nak dengar masalah dia boleh, tapi jangan sampai rasa yang kita wajib kena selesaikan masalah dia, hanya kita ja yang boleh bantu dia dalam dunia ni...nak simpati pun boleh, nak rasa kesian pun boleh, tapi jangan sampai ada perasaan lain disebalik simpati dan kesian itu...

Jangan menangguk di air keruh...

Bercakap bila perlu, melayan bila perlu, berhubung hanya bila perlu...jika tiada apa-apa kepentingan or keperluan, just take care of yourself and your family 1st before u take care about others...

Ramah kita, kebaikan kita dan layanan kita hanya untuk isteri di rumah...remember this...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,426 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen