Kes Diabetes Meningkat Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Membimbangkan.

 

Rata-rata rakyat Malaysia sememangnya sudah mempunyai pengetahuan yang meluas akan penyakit kencing manis ini. Malah pelbagai kempen-kempen kesedaran juga diadakan bagi menyedarkan bahawa penyakit ini semakin membimbangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun begitu, kesedaran akan bahayanya penyakit ini terlalu kurang. Rakyat Malaysia begitu sukar untuk mengamalkan hidup yang sihat hanya kerana di negara ini begitu kaya dengan pelbagai jenis juadah yang sememangnya melazatkan.



Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, peningkatan kes diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia membimbangkan.



Sejumlah tujuh juta orang dewasa, sama ada didiagnos atau tidak didiagnos, dianggarkan akan terjejas akibat diabetes di Malaysia menjelang 2025, suatu trend membimbangkan yang akan menyaksikan kelaziman diabetes iaitu 31.3 peratus dalam kalangan orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pada masa ini, kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes, yang merupakan kadar tertinggi di Asia dan antara yang yang tertinggi di dunia.

"Peningkatan eksponen ini begitu ketara dalam diabetes jenis 2, yang penyebab utamanya adalah berat badan berlebihan dan kurang aktiviti fizikal," katanya ketika merasmikan Simposium Bioperubatan Cambridge-Oxford Sunway ketiga bertajuk 'Diabetes: Melenyapkan Pembunuh Senyap'.

Beliau berkata kerajaan memberi perhatian serius kepada peningkatan eksponen ini, kerana ia semakin menjadi beban ekonomi utama kepada sistem penjagaan kesihatan dan ekonomi negara.

Dr Dzulkefly berkata sungguhpun Malaysia mempunyai sistem awam dan swasta yang selari, sebahagian besar rawatan bagi penyakit kronik disediakan oleh sistem kesihatan umum dengan subsidi yang sangat besar daripada kerajaan.

"Impak diabetes terhadap masyarakat sangat besar kerana ia boleh membawa beban ekonomi yang besar kepada penghidap diabetes dan keluarga mereka dari segi bil perubatan yang perlu ditanggung sendiri, kehilangan pendapatan keluarga yang berkaitan dengan hilang upaya dan kematian sebelum waktunya serta penjagaan anggota keluarga yang kurang upaya,” katanya.

Dr Dzulkefly berkata kos diabetes kepada negara adalah penting dan kajian makro ekonomi yang dijalankan pada 2011 menunjukkan kos kira-kira RM2 bilion, yang berpotensi mewakili 13 peratus daripada bajet penjagaan kesihatan bagi tahun 2011.

"Ini mewakili kos untuk merawat diabetes itu sendiri dan komplikasi yang dibawanya. Analisis sensitiviti menggambarkan bahawa kos negara ini boleh meningkat sehingga RM3.52 bilion, jika kos masyarakat dimasukkan, kos ini mungkin lebih tinggi,” katanya.

Program sehari itu diadakan di Pusat Perubatan Sunway di sini yang menghimpunkan pakar terkemuka dari seluruh dunia untuk membincangkan trend dan perkembangan terkini dalam perubatan akut/umum menerusi gabungan sesi pleno serta bengkel merangkumi pelbagai topik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,553 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen