Kenapa Bakal Pengantin Perlu Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Sebelum Kahwin? Jom Baca!

 

Pada masa kini, kesihatan tubuh badan perlu dijaga dan perlu diberi kesedaran ketika anak masih kecil lagi. Segala kesihatan perlu dititiberatkan, dan antaranya ialah berkenaan dengan pemeriksaan kesihatan sebelum berkahwin juga.

Jika ramai yang menolak rawatan moden pada masa kini kerana hanya berserah kepada Allah SWT sahaja, namun jangan pula menolak dengan pemeriksaan kesihatan sebelum berkahwin juga.

Pemeriksaan sebelum berkahwin ini amat penting kerana...

  • Untuk mengetahui jika pasangan anda mempunyai penyakit.
  • Untuk memberi persiapan atau persediaan pada diri sendiri bahawa untuk menerima penyakit pasangan tersebut seadanya dan kurangnya berlaku perbalahan selepas berkahwin.
  • Tidaklah anda atau ahli keluarga terkejut sekiranya salah seorang daripada kalian berdua sebenarnya tidak boleh menghasilkan zuriat.

Antara pemeriksaan yang bakal anda lalui adalah…

  • Pemeriksaan ini dimulakan dengan pertanyaan tentang sejarah kesihatan anda.
  • Pemeriksaan di makmal meliputi pemeriksaan darah, ujian air kencing, kotoran, gula darah dan sebagainya.
  • Kedua pasangan juga mungkin akan mendapat nasihat doktor terlebih dahulu dan doktor akan menentukan pemeriksaan apa yang diperlukan.
  • Pemeriksaan golongan darah, faktor ‘rhesus’, dan adanya penyakit menular seperti TBC, penyakit kelamin ataupun penyakit keturunan seperti diabetes(kencing manis) dan sebagainya.
  • Pemeriksaan khusus bagi calon mempelai lelaki iaitu pemeriksaan kualiti spermanya.
  • Pemeriksaan untuk perempuan dilakukan yang melibatkan reproduksinya tentang kitaran dan pola menstruasi.

Selain daripada itu juga, disamping untuk mendapatkan saringan HIV, kedua pasangan perlu juga untuk mengambil ujian Talasemia kerana…

1. Untuk mengurangkan risiko zuriat daripada menghidap Talasemia major.

Apabila anda mendapatkan ujian Talesmia ini, anda akan dimaklumkan penyakit ini akan diwarisi oleh anak juga. Jika anda dan pasangan pembawa Talasemia minor pula, anak-anak akan mempunyai risiko menghidap Talasemia Major 25% dan Talasemia Minor 50%.

Anak yang hidup dengan Talasemia Major akan mendapat rawatan sepanjang hayat akibat penghasilan darah merah yang kurang dan tidak dapat berfungsi secara optimum.

2. Untuk memastikan agar penyakit ini terkawal.

Ujian saringan ini tidak akan mengubah status kesihatan seseorang. Ianya merupakan langkah awal yang sangat berguna dalam pengurusan kesihatan.

Terdapat 3 tahap Talasemia yang perlu anda tahu iaitu:

  • Pembawa talasemia iaitu Thalasemia Minor.
  • Penyakit talasemia pertengahan iaitu Thalasemia Intermedia.
  • Penyakit Thalasemia Major iaitu tahap yang paling teruk.

Jika anda disahkan mempunyai Beta Thalasemia Trait iaitu penyakit talasemia ringan, ianya tidak merbahaya dan tidak memerlukan sebarang rawatan.

3. Untuk tahu tentang tahap kesihatan pasangan anda sebelum berkahwin.

Apabila anda dan pasangan sudah mengetahui tentang kesihatan masing-masing, anda akan menjadi alert dan akan mengambil berat tentang semua kos perubatan dan membuat persediaan. Penyakit talasemia ini mempunyai kos perubatan yang tinggi, oleh sebab itu perlu diambil ujian sebelum berkahwin.

4. Untuk persiapan merujuk khidmat kaunseling.

Apabila sudah cinta dan sayang, pasangan akan menerima diri mereka seadanya dan akan harungi bersama selepas berkahwin juga walaupun mempunyai masalah kesihatan. Jadi, sekiranya anda menerima pasangan yang menghidap penyakit ini, komitmen anda juga semakin tinggi dengan kos rawatan dan juga khidmat kaunseling.

Khidmat kaunseling tersebut adalah untuk membincangkan tentang hal zuriat dimana ia akan diwarisi kelak. Risiko yang bakal diterima oleh anak-anak alah mengikut tahap Talasemia daripada ibu bapanya sendiri.

5. Untuk mengurangkan risiko untuk ibu mengandung.

Apabila anda sudah mendapatkan ujian atau saringan Talasemia ini sebelum berkahwin, anda juga bakal tahu risikonya apabila untuk mendapatkan zuriat kelak. Isteri akan mengalami komplikasi ketika mengandung, dan suami juga perlu tahu bahawa komplikasi ini akan mendorong si isteri mengalami Anemia.

Manakala anak dalam kandungan yang menghidap Alpha Thalasemia Major pula dikhuatiri boleh meninggal dalam kandungan atau semasa dilahirkan.

Ujian saringan Talasemia ini hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup. Walaupun tidak wajib untuk pasangan mengambil ujian ini, namun ianya bakal memberikan kesan yang besar di masa hadapan.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen