Walaupun Tiada Duit Untuk Membalas Jasa Ibu Bapa, 5 Perkara Ini Sebenarnya Ringankan Beban Mereka.

 

Untuk menjadi anak yang baik terhadap kedua ibu bapa, pasti anda hanya memikirkan cara-cara untuk membalas jasa mereka. Termasuklah dalam memberi mereka kesenangan iaitu duit dan harta benda. Jadi, apabila ada sebahagian anak-anak yang sukar mendapatkan pekerjaan tetap, bergaji kecil dan tidak berkemampuan seperti individu lain pasti akan berasa kecewa jika tidak dapat memberi duit.

Di dalam hidup, kita memang digalakkan banyak memberi.

Banyak memberi, bukanlah hanya dengan duit dan harta semata-mata, akan tetapi kesenangan yang anda boleh berikan kepada kedua ibu bapa jika tidak berkemampuan adalah…

1. Tiada hutang.

Sekurang-kurangnya janganlah berhutang. Tidak kira berhutang daripada kedua ibu bapa, adik-beradik, saudara mara ataupun sahabat handai. Hutang ini bukan sahaja bakal memburukkan nama anda sendiri, malahan ia seolah-olah menconteng arang pada muka kedua ibu bapa anda.

Kasihan hati dan perasaan mereka apabila melihat hidup anda dikelilingi oleh hutang sahaja. Ibu bapa mana yang tidak risau melihat anaknya, apabila hidup dalam kesengsaraan. Anda sengsara, pedih ibu bapa melihatnya.

2. Bayar komitmen sendiri.

Ibu bapa yang sudah lanjut usia pasti mahukan hidupnya dalam keselesaan. Mereka juga tidak kisah untuk sentiasa memberi pada anak-anak yang dalam kesusahan. Namun, janganlah kita sebagai anak mengambil kesempatan terhadap kedua ibu bapa pula. Apabila sudah bekerjaya, walaupun mempunyai pendapatan kecil, berusahalah untuk membayar segala komitmen anda dengan sendiri.

Tanamkan sikap tanggung jawab dan berdikari, supaya tidak lagi bergantung kepada kedua ibu bapa sendiri.

3. Memilih pasangan/bakal jodoh yang menyenangkan hati.

Ibu bapa juga pasti akan berasa senang apabila anda bijak memilih bakal jodoh yang menyenangkan hati dan sejuk mata melihatnya. Tidaklah mereka berasa berat untuk melihat anaknya hidup berdikari bersama pasangan, malah tidak juga berasa kecewa dengan melihat cara anda dilayani oleh anak menantunya.

Anak menantu yang baik sebenarnya meringankan bebanan mereka. Hati mereka berasa bahagia dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian berdua. Apabila hidup anda berkat bersama pasangan di atas doa dari kedua ibu bapa, secara tidak langsung juga hidup anda gembira dan bahagia.

4. Tidak membuat kedua ibu bapa risau.

Apabila kedua ibu bapa sudah lanjut usia juga, sebagai anak jangan pula sentiasa membuat ibu bapa anda berasa risau. Apabila ditegah dan kerap diberi nasihat, pasti ada kesalahan yang anda lakukan bakal membuat hati mereka risau. Cuba refleks dan muhasabah diri apabila ditegur oleh kedua ibu bapa.

Jangan terus memberontak dan merasakan tiada siapa dapat memahami diri anda.

5. Mampu hidup berdikari.

Apabila berjauhan dengan kedua ibu bapa ketika melakukan kerja sedikit sebanyak membuat ibu bapa risau. Namun, sebagai anak yang baik buktikan pada mereka bahawa anda mampu untuk hidup berdikari dari semua aspek seperti kewangan dan juga gaya hidup yang berlandaskan syariat. Jika mereka sentiasa nasihat untuk melakukan solat, jadi patuh dengan arahan mereka, dan jadilah anak yang baik.

Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,670 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen