Antara Pekerjaan Yang Boleh Bekerja Sambil Melancong.

 

Tidak semua individu yang gemar bekerja duduk di dalam pejabat sahaja kerana lebih suka bersosial dan explore perkara yang menarik. Bagi individu yang mempunyai personality sebegini, anda boleh mengambil peluang dengan bekerja sambil melancong seperti…

1. Flight Attendant.

Walaupun waktu kerja tidak menentu dan selalu berjauhan dengan keluarga, namun anda boleh bekerja sambil travel ke mana sahaja. Pekerjaan ini agak senang juga untuk dimohon dan kebiasaanya syarikat penerbangan hanya memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya SPM. Namun, tidak bermaksud kerja ini mudah kerana perlu melayan kerenah pelanggan yang sangat ramai dalam satu hari.

Jangan cakap dengan jet lagged nya lagi.

2. Photographer.

Jadi, photographer pun boleh travel?

Jika anda bekerja keras untuk menempah nama di hati masyarakat, mudah sahaja untuk anda travel ke mana sahaja. Sebagai contoh ketika majlis perkahwinan anda perlu merantau ke tempat percutian yang cantik. Disana anda perlu mendapatkan gambar yang gempak supaya pelanggan lain akan recommend anda pada orang lain pula.

Trend terkini pula, jadi photographer untuk MUA (Make Up Artist) kerana mereka memerlukan pakar photographer untuk memasarkan barang solek mereka pada seluruh tempat. Bukan semata-mata untuk gambar model sahaja tau.

3. Travel Writer.

Kerja ini flexible dan boleh juga dilakukan sebagai kerja part-time sekiranya anda amat gemar menulis. Ikut bidang yang anda mahir untuk menulis, sekiranya anda dapat kepercayaan daripada mana-mana syarikat untuk menulis tentang fashion, sudah tentu anda akan dipanggil untuk menulis tentang mereka.

Dan juga anda boleh menulis tentang makanan di serata dunia, ia seolah-olah anda membuat review tentang makanan tersebut. Sambil travel, sambil makan, siapa sahaja yang tidak suka? Tapi kandungan dalam tulisan kena gempak supaya dapat menarik perhatian orang untuk travel.

4. Arkeologi.

Pekerjaan ini pula anda perlu merantau keseluruh pelusuk dunia dan selalunya ke tempat yang tak pernah diterokai lagi untuk mencari artifak zaman purba kala dulu dan memulihkan. Kerja sebagai arkeologi ni bagi anda peluang untuk merantau dalam tempoh yang lama sampai bertahun kerana bukan mudah nak mengkaji sejarah ni. Ia juga agak lasak tapi menjanjikan pengalaman yang menarik bila anda sampai dulu tempat yang tak ada orang tahu wujud.

5. Travel Agensi.

Dalam era teknologi sekarang ni senang je nak cari maklumat dalam Google, dan mungkin ada sesetengah berfikiran yang ejen perlancongan ni dah makin tidak popular. Ternyata anda salah sama sekali sebab masih ramai yang memerlukan perkhidmatan pakar dalam memberi nasihat sebelum melancong ke sesuatu tempat.

Mereka akan memberi tips dalam tempat penginapan yang murah, tempat makan best, pengangkutan awam di tempat tu dan macam-macam lagi. Ramai orang Malaysia yang tinggal di luar negara menawarkan perkhidmatan untuk orang Malaysia yang ingin melancong ke tempat mereka kerana sudah mahir dengan selok-belok semua ini.

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,875 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen