"Ramai Yang Tidak Tahu Bahawa Bilik Air Yang Kotor Punca Rezeki Tersekat."

 

Kadang kala kita lihat ia adalah perkara yang meremehkan bahkan ada juga yang menyatakan bahawa ia adalah hanya kata-kata orang sahaja. Jadi apabila ramai yang memikirkan perkara sebegitu, ramai jugalah yang hanya membiarkan pesanan sebegini berlalu tanpa diingati dan saling dilakukan bersama.

Selalu bukan kita berdoa kepada Allah swt agar diberikan rezeki yang luas, anak yang soleh serta rumah tangga yang bahagia sentiasa, tetapi setelah puas berdoa tetap sahaja ada masalah dalam keluarga kita. Kadang duit tidak mencukupi lah, kadang anak susah dengar kata lah ataupun pasangan kita susah menerima teguran yang memperbaiki dirinya.



Penah dengar atau tidak bahawa bilik air yang selalu kita gunakan di rumah itu merupakan salah satu penyebab mengapa rezeki kita sentiasa terhalang. Mari ikuti perkongsian dari Ustaz Mohammad Yaakub Yusra ini.
Hari ini saya dapat satu perkongsian dan ilmu yang sangat-sangat berguna.

PERTAMA

Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah anda. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – korang termasuk dalam zon selamat.

KEDUA

Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.

Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SHAITON & JIN. Malah disitu jugalah meraka beranak-pinak.

Tadi anda dah tengok bilik air anda kan? Adakah bilik air anda ada ciri-ciri seperti dibawah?

tandas kotor

Adakah bilik air anda bersih seperti ini?

1. Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?

2. Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?

3. Sinki dalam bilik air berkerak?

4. Bau bilik air anda setaraf tandas awam?

5. PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?

Bila bilik air kotor, Shaiton & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.

Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Shaiton & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.

Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk

Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!

MACAM MANA?

i. Shaiton dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!

ii. SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).

iii. BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?

iv. BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.

Dalil berkaitan TANDAS tempat tinggal JIN.

Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh karena itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen