Jangan Pandang Remeh Terhadap Cakaran Kucing, Ia Bahaya Terhadap Anda.

 

Sesetengah dari kita ini pastinya suka memelihara haiwan peliharaan. Bahkan setiap orang mempunyai haiwan peliharaan yang disukai. Ada yang suka memelihara kura-kura, arnab, kucing dan pelbagai lagi. Pasti setiap haiwan yang menjadi peliharaan anda itu mempunyai keunikan yang tersendiri bagi anda.

Bagi individu yang suka akan kucing atau yang membelanya, cakaran kucing merupakan satu perkara yang biasa. Bagi mereka juga, ia tidak akan mendatangkan sebarang mudarat terhadap kesihatan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa cakaran kucing sebenarnya akan mendatangkan bahaya terhadap anda. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.



Mengapa cakaran kucing berbahaya?



Menurut seorang veterinar dari Amerika Syarikat iaitu Dr. Patrick Mahaney, kuku kucing sebenarnya adalah lebih tajam berbanding haiwan lain seperti anjing dan lebih berisiko mengakibatkan trauma. Menurut beliau lagi, semakin besar trauma itu, semakin tinggi kemungkinan kawasan yang dicakar ataupun digigit itu mengalami infeksi.

Cakaran kucing sebenarnya akan mendatangkan sejenis penyakit yang dinamakan cat-scratch disease (CSD). Penyakit ini adalah berasal daripada kucing dan akan tersebar melalui infeksi luka akibat cakaran ataupun gigitan kucing yang telah dijangkiti dengan CSD. Ia juga boleh tersebar jika kucing tersebut menjilat bahagian luka yang terbuka. Kawasan yang terinfeksi ini kemudiannya akan berubah kemerahan dan membengkak serta mendatangkan kesakitan.

CSD adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Bartonella henselae. Sebanyak 40% daripada kucing terutamanya yang berumuh 1 tahun ke bawah sebenarnya membawa bakteria ini dalam tubuh mereka, namun tidak menunjukkan sebarang tanda berbahaya. Pun begitu, bakteria ini akan mendatangkan bahaya kepada manusia.

Simptom penyakit CSD

i. Demam
ii. Pening kepala
iii. Hilang selera makan
iv. Keletihan

Jika tidak dirawat dengan segera, CSD mungkin akan menyebabkan komplikasi serius kepada manusia. Walaupun sangat jarang berlaku, CSD boleh menjejaskan otak, mata, jantung dan pelbagai organ dalaman yang lain. Kes sebegini kebanyakannya akan berlaku kepada kanak-kanak berusia 5 tahun dan individu yang mempunyai sistem imun lemah.



Bagaimana merawat cakaran kucing di rumah?

Bayangkan, anda sedang bermain-main dengan seekor kucing yang comel dan dengan tiba-tiba sahaja, kucing tersebut mencakar atau menggigit anda. Apakah yang anda perlu lakukan? Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membasuh luka itu dengan air dan sabun. Sekiranya luka tersebut mengalami pendarahan, tekankan kawasan luka tersebut dengan kain atau kapas yang bersih. Jika pendarahan masih tidak berhenti, segera dapatkan bantuan doktor di klinik atau hospital.

Anda mungkin tidak tahu jika cakaran atau gigitan kucing tersebut akan mengakibatkan penyakit CDC atau tidak kerana simptom dan kesannya adalah sama seperti demam biasa sahaja. Sebagai langkah berjaga-jaga, segera hubungi doktor jika anda was-was dengan kondisi diri untuk mendapatkan lebih kepastian.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen