"Jangan Suka-Suka Hati Beli Ubat Tahan Sakit Tanpa Pantauan" - Dr. Rafidah.

 

Selalunya kita hanya mengambil remeh akan pengambilan ubat-ubatan ini. Ada yang kita beli ubat itu hanya selepas melihat ia viral di media sosial kerana dikatakan mampu menyembuhkan sakit kepala, gatal hidung ataupun sembuhkan demam yang biasa dengan kadar segera.

Tidak pernah pun sekali kita pergi dapatkan nasihat dari doktor yang lebih arif mengenai bab ini, tetapi lebih mempercayai kata-kata orang. Itu belum lagi ada yang pergi ke farmasi dan menyatakan sakit apa lalu terima sahaja ubat dari pekerja farmasi yang belum tentu mendapat latihan yang sebetulnya.

Bab-bab kesihatan serta ubatan ini jangan terlalu dipandang remeh. Apa-apa yang anda rasakan anda perlu dapatkan nasihat serta rawatan dari yang lebih pakar. Barulah kesihatan anda lebih terjamin.



Mari ikuti saranan Dr. Rafidah Abdullah ini.

Jangan suka-suka hati beli ubat tahan sakit tanpa pantauan.

Sejak kembali bertugas, bukan takat produk sampah sahaja yang saya tengok rosakkan buah pinggang. Ramai pulak yang sesuka hati beli ubat jenis Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs) seperti Ponstan (Mefenemic Acid), Voltaren (Diclofenac), Ibuprofen dan beberapa jenis lagi.

Tolonglah jangan beli tanpa pantauan. Nak nak untuk ibubapa yang sudah berumur. Risiko untuk mereka sangat tinggi. Ubat jenis ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman melalui usus juga; selain daripada rosak buah pinggang.

Ini saranan saya:

1. Selesaikan punca kesakitan tersebut. Jangan bergantung ubat kecuali di bawah pantauan Doktor Pakar.

2. Cuba guna ubat tahan sakit jenis lain dahulu sebelum guna ubatan jenis ini.

3. Beritahu Doktor anda dan boleh mereka pantau. Tak payah sorok-sorok yang anda beli ubat tempat lain.

4. Kalau ada penyakit kronik buah pinggang tolong beritahu yang anda ada masalah ini. Kalau makan juga, walaupun sebiji, fungsi buah pinggang boleh rosak habis. Masa itu, jangan tanya macamana nak pulihkan; sebab memang tak boleh.

Cegahlah sebelum terlambat.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Buah Pinggang

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen