Bagaimana Untuk Menjadi Suami Terbaik Di Hadapan Keluarga Mertua? Ikuti Tips Ini.

 

Untuk menjadi anak menantu, pasti sering berteka-teki mahu melakukan kebaikan yang bagaimana supaya keluarga mertua selesa dan tidak menjengkelkan. Menjadi anak menantu yang baik di hadapan keluarga mertua bukan bermaksud untuk menjadi seorang hipokrit akan tetapi untuk mengesahkan pemilihan anak mereka adalah satu pilihan yang tepat.

Seorang suami perlu menjadi seorang yang baik, sering mempunyai tanggapan yang baik supaya isteri juga nampak baik di depan ibu bapanya sendiri. Tidaklah ibu bapanya kecewa, semuanya bakal bahagia seperti perkongsian dari saudara Akhtar Syamir atau dikenali sebagai Bro Ohsem ini…

********

Bagaimana? Dengan mendahulukan dan mengutamakan isteri terutamanya apabila berada bersama keluarganya.

1. Apabila waktu makan tiba, utamakan isteri supaya dia dapat makan bersama keluarganya.

Tak salah jika si suami jaga dulu anak yang kecil. Bukan selalu mereka dapat makan bersama.

2. Satu lagi cara membuatkan isteri nampak hebat ialah dengan menjadi ipar dan menantu yang baik.

Pergaulan yang baik dengan mertua dan adik beradik isteri sepatutnya menjadi keutamaan yang paling tinggi.

Kita masuk tempat orang, kita kena bagi orang selesa dengan kita. Jangan jadi seperti pencuri, mengambil sesuatu dari tempat orang dan berlagak seperti orang asing dengan tidak menyesuaikan diri dengan keluarga isteri.

Tanya sepatah, jawabnya sepatah. Muka nak senyum pun susah. Memang nampak seperti si suami tidak mahu berada di situ. Ini antara benda yang sering orang buat tanpa mereka sedari. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Pastinya suami itu akan mendapat tanggapan yang tidak baik.

3. Menonjolkan kemesraan dengan isteri.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk mereka tahu yang anak atau adik kakak mereka sedang gembira dan dijaga dengan baik oleh kita.

4. Menjaga fizikal isteri.

Cantikkan dia. Jaga pemakaian dan rupa parasnya. Kalau boleh, isteri nampak lebih cantik berbanding saat pertama kita ambil dia dari keluarganya. Tak salah jika seorang suami berbangga dengan rupa paras isterinya apabila dia berada dengan keluarganya sendiri.

5. Jika ada perbezaan pendapat pada waktu ketika berada bersama mereka, simpan dahulu dan berbincanglah secara baik dengan isteri sahaja tanpa pengetahuan keluarganya.

Ingat, persembahkan yang terbaik sahaja. Apa sahaja yang boleh mendatangkan tanggapan yang tidak baik, selesaikanlah di belakang.

Semua ini perlu dibuat bukan sahaja untuk menonjolkan kehebatan isteri, tetapi untuk menjaga aib isteri juga.

Jika suami sentiasa moody, bermasam muka, tidak mesra dan nampak tidak selesa, pastinya akan menzahirkan perasaan malu pada diri isteri di hadapan keluarganya sendiri.

Pokok pangkalnya, kita tonjolkan kebaikan yang selalu kita buat pada isteri kita kepada keluarganya. Saya percaya, si isteri akan sangat-sangat menghargainya. Hasilnya, perkara yang sama akan dibuat oleh isteri di hadapan keluarga suami pula. Bukankah itu yang terbaik?

Semoga dapat memberi inspirasi. Kongsikan ilmu ini kepada semua. Saya yakin, ramai yang memerlukan suntikan idea seperti ini. In Shaa Allah.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 596,469 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen