Untuk Menjadi Bapa Yang Baik Elakkan 3 Perkara Ini Depan Anak-Anak, Buruk Kesannya Nanti.

 

Dalam membina sebuah keluarga, semuanya dimulakan dengan ketua keluarga iaitu Suami. Bagaimana acuan si isterinya, begitulah suaminya. Bagaimana anak-anak dibentuk pula, begitulah keadaan kedua ibu bapa yang sebenarnya.

Oleh yang sedemikian, untuk menjadi suami, banyak perkara yang perlu dibelajar, antaranya ilmu keibubapaan ataupun dipanggil Parenting seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

********

3 perkara ni kena elakkan buat depan anak, buruk kesannya kalau anak nampak.

1. Mengutuk atau mengkritik makanan.

Belakang anak pun tak boleh buat sebenarnya, tak bersyukur namanya kutuk makanan ni.

Nak ajar anak faham erti bersyukur? Mulakan dari hargai makanan.

Rezeki tu mahal, tak kisah berapa murah pun ia di mata kita wajib hargai semahal yang boleh.

2. Menengking isteri.

Sekali anak nampak kita tengking isteri, sampai ke tua dia susah nak hormat ibunya.

Anak sepatutnya hormat ibu 3 kali lebih tinggi dari ayah tau, jadi kita kena la tunjuk contoh yang betul.

Ingat! Nak anak hormati ibunya, suami dulu kena hormati isteri.

3. Marah anak orang.

Anak belajar dengan meniru dari ibu bapa.

Dari cara guna otak hinggalah kepada cara ibu bapa menguruskan emosi.

Sekali kita tunjuk marah2 anak orang, anak pun akan begitu.

Jadi perengus la nanti! Asyik bergaduh je dengan kawan nanti.

Peranan seorang ayah ni sangat penting dalam rumahtangga.

Dari ayah anak belajar cara bersyukur,

Dari ayah anak belajar cara menghormati orang,

Dari ayah juga anak belajar berkawan dan bina sosial skil.

Anak sempurna jika ayah tunjukkan cara menjadi yang sempurna.

Mohd Fhais

Ayah annur rania.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,449 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen