Ke Mana Duit Kita Hilang Sebenarnya? Jom Baca.

 

‘Duit Mengalir Seperti Air’

Pasti ramai sahaja dikalangan kita mengalami situasi begini. Dalam diam, sedikit sebanyak kita pun tak tahu kemana duit kita menghilang. Kadang-kala sudah beringat dan sedaya upaya untuk berjimat, namun pasti sahaja terdapat kekangan kewangan. Kebocoran wang pada pertengahan bulan pasti akan berlaku, duit gaji pasti sahaja tidak cukup setiap bulan.

Jom ketahui dimana sebenarnya duit kita pergi menghilang bagaikan air…

1. Fast Food.

Bermacam-macam fast food yang disediakan di pusat bandar, dan dimana-mana sahaja. Semakin membangun sesebuah bandar dan bangunan, terdapat pelbagai franchise yang dibangunkan juga, salah satu restoran makanan yang paling popular adalah Mcd. Food on the go, mudah untuk dimakan, tidak perlu dimasak, memudahkan rakyat jelata untuk menjamah hidangan tanpa bersalah.

Image result for fast food

Secara tidak sedar, apabila terdetik malas sahaja untuk masak, fast food menjadi pilihan. Dengan keadaan ekonomi zaman sekarang, fast food juga sudah naik harganya, sekurang-kurangnya RM20 seorang sekali makan. Setiap minggu? RM80 habis begitu sahaja.

Tanya pada diri sendiri, berapa kali kita makan fast food?

2. Barang kemas.

Emas memang baik untuk dana kecemasan dan pelaburan. Simpanan untuk jangka masa yang panjang, dan boleh digadai. Namun, punca orang kita sering kehabisan wang adalah apabila membeli barang kemas perhiasan semata-mata.  Jangan salah dalam memilih emas ya, belilah emas untuk pelaburan.

Related image

Ada juga dikalangan kita gemar membeli emas yang tiada nilainya, hanya kerana lebih cantik semata-mata untuk menjadi riak.Sudahlah tiada nilai, mahu riak pula. Muhasabah diri!

3. Kereta berjenama dan mahal.

Kerja pun suka lompat-lompat, ada hati mahu pakai kereta berjenama sahaja. Apabila tidak Ukur Pada Baju Sendiri, ini lah yang terjadi.

Image result for people with luxury car gif

  • Duit selalu kehabisan kerana jenama kereta yang dibeli perlu di-service dengan harga yang mahal.
  • Barang spare part pun sukar dicari, mahal pula tu.
  • Belum lagi kira kegunaan minyak setiap minggu berapa harganya.
  • Kereta berjenama mesti nak modified pula ikut citarasa sendiri.
  • Roadtax lagi.

4. Baju berjenama.

Apabila menganggap baju sebagai keperluan, sudah pasti duit memang cepat mengalir kehabisan. Dalam masa setahun, berapa kali membeli baju, lebih-lebih lagu baju yang berjenama pula. Pantang melihat fesyen yang terbaru, pasti ikutkan nafsu untuk memilikinya. “Rugi tak beli ni?”

Tukar pada fikiran “Rugi kalau tak simpan duit..”

5. Rokok.

Image result for smoking gif

Rokok adalah perkara yang ‘membunuh’ duit dalam senyap. Walaupun segelintir daripada kita tahu harga rokok tersebut sekurang-kurangnya RM15-RM20 sekotak, namun hanya dibutakan mata sahaja. Dengan alasan, stress dengan kehidupan. Bukan sahaja memudaratkan kesihatan, duit untuk simpanan pun tiada. Kemudian salahkan pasangan kenapa tak simpan duit pula?

6. Barang solek.

Eh, jangan salahkan lelaki sahaja, perempuan pun apa kurangnya? Susah nak tutup mata pada promosi barang solek setiap bulan. 30%, 50%.... 70% bagai menggila anak-anak gadis, dan juga golongan isteri mahukan barang solek. Katanya “Takpe beli barang masa murah ni, untung..”

Image result for makeup tools gif

Untung ke kalau setiap kali, setiap minggu, setiap bulan lalu sahaja depan kedai, ada sahaja barang solek yang mahu dibeli?

Semoga Bijak Merancang Kewangan!
Sumber Gambar: Google

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,038 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen