Wanita Ini Kongsi Bagaimana Jalani Kehidupan Perkahwinan Jarak Jauh Bersama Suaminya Sepanjang 5 Tahun.

 

Dalam setiap mereka yang mendirikan rumah tangga, pasti mahukan hidup bersama pasangan. Di mana apabila bangun pagi melihat wajah pasangan, sebelum tutup mata juga lihat wajah pasangan. Ini barulah namanya kehidupan alam perkahwinan.

Tapi tidak semuanya mempunyai bahagian sebegitu, ada yang sudah berkahwin terpaksa duduk berjauhan gara-gara tugas yang tidak dapat dielakkan. Maka pelbagai perasaan yang timbul sehinggakan anda yang boleh mengalami tekanan kerana rindukan anak dan pasangan.

Setiap orang mempunyai ujian yang tersendiri dalam alam perkahwinan ini. Jadi harus terus kuat sabar dan saling bertolak ansur jika mahukan rumah tangga yang dibina itu bahagia selamanya.



Buat pasangan yang sedang melalui perkahwinan jarak jauh, Puan Ayuni Zainuddin berkongsi tips untuk melaluinya.

Dah 5 tahun kami PJJ. Mula-mula memang susah. But it gets better. Saya ada sorang kawan jaga 4 orang anak sendiri dengan kerja full time tanpa maid dan husband di negeri lain. Respect sangat.

PJJ ni kalau out of sight, boleh out of mind. First few years, kami memang jadi regang. 5 hari tak cakap pun boleh. This is not healthy for the relationship. Komunikasi jadi haywire. Results yang kita nak capai bersama sebagai satu keluarga tak dapat dan ini akan menimbulkan tak puas hati kepada kedua suami, isteri dan juga anak-anak. Setiap pihak akan rasa macam keperluan emosi, mental dan fizikal tidak dipenuhi.



Sampai lah satu tahap sampai kami kena jumpa counsellor rumahtangga lagi untuk capai kata sepakat.

Jadi saya share beberapa tips untuk couples yang PJJ berdasarkan pengalaman saya sendiri la.

1. Setiap hari call 3 kali sehari. Kami set alarm clock supaya tak lupa. Percayalah bila busy sangat, memang you can take it for granted and tak berhubung langsung. Ini tak sihat. Kami call cakap "Hi. Dah makan? Makan apa? OK good. Have a good day at work!". 10 saat je. Tapi kena punch card. Kena jadikan tabiat.

2. Suami saya punya tip ialah "Don't create situations that can make you be doubted". Suami saya tinggal dengan sepasang suami isteri yang sama umur dengan mak ayah dia. Bukan tinggal seorang. Ini supaya saya tak risau. Dan saya hargai gesture ni.

3. Kalau saya keluar business meeting, saya akan bagitahu siapa saya jumpa. Dia tak minta tapi saya yang buat atas dasar hormat.

4. Bila setiap kali berjumpa, solat jemaah bersama walaupun sekali sehari. It brings unity and alignment to the family unit.

5. Bila setiap kali suami saya balik ke rumah, dia ada 2 hari saja untuk spend dengan saya, anak2, mak dia, adik dia, pergi rumah mak saya. Tapi dia akan cuba penuhi semua tanggungjawab ni walaupun sepenat mana.

Bukan semua boleh kowtim dalam dua hari. Tapi sekurang-kurangnya kami akan pergi dating sejam pun jadi. Dan kami ada sistem di mana minggu ni ialah minggu dia untuk bercakap. Saya kena diam. Minggu depan turn saya pulak untuk bersembang. Tengok la besar mana isu yang nak disembangkan. Kalau takde isu besar, dua2 boleh bersembang sekali. LOL.

6. Be the first to apologize. It can be with words, gifts, hugs, or whatever your spouse's love language is. Dulu kami tak camni la. Dulu "Lantakk kauuuuuu". LOL. Sekarang dah tua. Dua-dua dah beruban. Kami dah kenali personaliti masing-masing jadi kami minta maaf lepas dah cool down. Jangan ungkit dah benda lepas.

7- Minum Lady Glory 2 minggu sebelum suami balik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen