Selain Meminum Air Kosong, Ini 4 Cara Membantu Badan Anda Sentiasa Terhidrasi.

 

Untuk memiliki badan yang sentiasa segar, sihat dan penuh tenaga maka anda perlu sentiasa menjaga air dalam badan anda. Walaupun jumlah bendalir yang diperlukan oleh tubuh bergantung kepada berat badan, suhu luar dan berapa banyak aktiviti yang dilakukan, tetapi peraturan umum ialah setiap orang dikehendaki mengambil 8-10 gelas air.

Air ini tersangatlah penting pada tubuh badan manusia terutama pada musim panas. Ini kerana dengan memiliki air yang cukup dalam tubuh badan, maka seseorang itu mampu memiliki tubuh badan serta kulit wajah yang sihat.



Namun begitu, kadang kala tidak semua orang mampu menghabiskan air yang banyak setiap hari. Jadi terdapat beberapa cara lain yang membantu badan anda sentiasa terhidrasi.



1. Mengambil teh tanpa gula.

Bagi anda yang bosan dengan air minuman, anda boleh minum teh sesekali sambil berehat pada sebelah petang. Selain dapat membantu menghidrat badan, teh tanpa gula juga mengandungi antioksidan yang baik untuk kulit anda. Anda boleh mencuba jenis teh herba, teh hitam atau the hijau. Tapi pastikan jangan tambah gula pada minuman anda.

2. Kadang-kadang cuba untuk memakan sayur mentah.

Sayuran mentah adalah sumber penghidratan terbaik kerana ia mempunyai kandungan air yang tinggi. Jenis sayuran yang mempunyai kandungan air yang tinggi termasuk tomato, lada, saderi, dan bayam. Anda boleh slip jenis sayur-sayuran ini ke menu makan tengahari atau makan malam.

Pilih sayur yang bersesuaian untuk dimakan secara mentah. Bahkan anda juga boleh menambah ulam-ulaman di dalam makanan harian anda kerana ia sentiasa boleh dimakan secara mentah.



3. Ambil buah-buahan sebagai makanan ringan.

Selalunya apabila anda lapar, pasti anda akan mengambil roti atau biskut sebagai alas perut anda. Tapi kali ini cuba untuk jadikan buah-buahan sebagai makanan anda ketika lapar. Cara ini juga membantu badan anda sentiasa terhaidrasi.

4. Buat peringatan meminum air di telefon anda.

Jika anda adalah sejenis orang yang mudah dilupakan, anda juga boleh memuat turun aplikasi yang membantu anda menjadi peringatan minuman atau anda juga boleh menetapkan penggera setiap 1-2 jam.

Anda perlu sentiasa pastikan badan anda dalam terhaidrasi, barulah anda dapat kekal sihat dan cergas sentiasa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen