Sukar Untuk Bangun Pagi? Wanita Ini Kongsikan 15 Cara Mudah Untuk Bangun Pagi.

 

Ramai dikalangan kita mengaku bukan seorang morning person, lebih-lebih lagi amat sukar bangun pada hari biasa untuk ke pejabat. Namun sebenarnya, ia adalah bergantung pada diri kita sendiri seperti perkongsian dari saudari Nur Aliah ini…

********

Rasakan Sendiri Perubahan Dasyat Bila Kita Fokus Untuk Bangun Solat Sunat Tahajud Ni.

Sini Lia kongsikan 15 cara untuk kita #BangunAwalPagi :

1. Betulkan mindset dan doa. Letakkan azam yang kuat untuk berubah. Ikhtiar hingga kita capai solat sunat Tahajud.

2. Tidur awal. Sebaik-baiknya jam 9.00 malam. Dalam hadis menyebut tentang 1 jam pertama selepas isyak adalah waktu yang sepatutnya kita berehat.

3. Paksa diri juga untuk tidur awal dengan cara tutup lampu, stop main handphone dan tutup wifi. Di sebabkan handphone mata kita akan terbeban melihat banyak perkara tak best di media social dan buatkan kita susah untuk bangun Tahajud.

4. Tahu tak, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8 jam pon. Cukup dengan tidur selama 3 jam je! Dengan syarat waktu itu mesti dari jam 9pm - 12am. Sebab 1 jam waktu itu bersamaan dengan 3 jam waktu kita tidur!

5. Tapi. Kalau nak tidur jam 10pm dan bangun jam 3am pon tak ada masalah. Yang penting cara mana yang kita selesa untuk bangun pada 1/3 malam untuk solat sunat Tahajud.

6. Sebelum tidur buat beberapa #amalan ini. Antaranya :

  • Baca bismillah 21x. Tepuk dekat bantal kita tidur tu dan niatkan supaya Allah kejutkan kita waktu Tahajud. Niat kerana Lillahitaala.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.
  • Cakap dan bayangkan apa yang kita nak capai dalam hidup. Ni tujuan nak install RAS dalam minda kita.
  • Banyakkan istighfar dan selawat.
  • Baca doa sebelum tidur. Ni juga akan bantu kita untuk bangun Tahajud.
  • Mengucap 2 kalimah syahadah.
  • Amaran keras! Jangan tidur lepas tengok movie, baca gosip, tengok instastory artis. Sebab tu la kena tutup terus handphone supaya kita tak pegang dah handphone waktu itu.

7. Paling penting, #DOA minta pada Allah untuk bangun Tahajud. Mintalah. Sebab kekuatan bangun Tahajud ini juga ada pada Dia.

8. Boleh baca doa ini juga “Ya Allah Ya Mumit, Ya Baa'its, Ya Baari', Ya Allah tidurkanku sebagai hambaMu, bangkitkanku di waktu Tahajud untuk sujud dan bermunajat kepadaMu.”

9. Pastikan kita tidur yang #DeepSleep. Iaitu tidur tak mimpi. Tidur dengan hati yang tenang dan hati yang bahagia. Tahu-tahu je dah terjaga pukul 3 ke 5 pagi! Allahu. Memang rasa nikmat sangat.

10. Dah terjaga (sama ada terjaga sendiri atau bunyi alarm), terus ucapkan Syukur Alhamdulillah di sambung dengan 7 kesyukuran kita pada Allah. Lagi banyak kita #bersyukur, lagi banyak nikmat Allah kurniakan.

11. Ambil wuduk, lebih terbaik kalau kita boleh mandi air sejuk pada 1/3 malam.

12. Baru la kita solat sunat taubat, solat sunat tahajud (8 rakaat), solat sunat hajat (minta pada Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita minta) dan solat sunat witir 3 rakaat. Waktu ini la waktu yang terbaik untuk kita menangis senangis-nangisnya hanya kerana Allah!

13. Mulakan zikir yang mudah dulu iaitu 33 Subhanallah, 33 Alhamdulillah, 33 AllahuAkhbar, 10 selawat). Baca Al-Quran atau mengaji walau 1 ms.

14. Bila masuk waktu subuh, buat dulu solat sunat fajar 2 rakaat. Tahu tak 2 rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya! Alangkah ruginya kalau kita terlepas nak buat.

15. Diikuti dengan solat subuh. Kemudian boleh baca surah Yaasin atau surah Al-Waqiah selepas subuh.

Bila Lia jaga solat Tahajud ini, banyak sangat miracle yang berlaku dekat diri Lia sendiri! Antaranya apa yang Lia nak semudah itu je Allah bagi! Baiknya Allahkan?

Sampai tak sedar panjangnya Lia tulis. Tapi ini la amalan yang Lia buat dan Lia ikhlas nak kongsikan dengan korang semua.

********

Semoga Dijadikan Sebagai Panduan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen