“Untuk Disiplin Menyimpan Duit, Perlu Tangguh Kepuasan Diri Dahulu” Ikuti Tips Ini.

 

Ramai dikalangan kita sukar untuk memulakan dengan berjimat kemudian menabung pula. Pasti banyak sahaja alasan yang direka kerana mahu memenuhi nafsu kehendak sahaja. Malah berasa rugi sekiranya tidak memberi kepuasan sendiri.

Sekali reward, berkali-kali mahukan reward pula.

Oleh sebab itu, amat penting bagi setiap individu, jika mahu mula menabung dan menyimpan duit, HARUS tangguh kepuasan diri dahulu seperti perkongsian dari saudara Azizul Azli ini…

********

Tangguh Kepuasan Diri.

Bagi menjadikan tabung kita cepat gemuk dan melimpah ruah, kita perlu tangguhkan kepuasan diri sementara waktu.

+ Tangguh untuk bercuti di Korea, simpanan kecemasan belum ada.

+ Tangguhkan untuk bukak butik impiana.

+ Tangguhkan untuk membeli kereta Honda dan Almera.

+ Tangguhkan untuk tukar hp, samsung dan i-phone kepada yang lebih terkini.

+ Tangguhkan untuk tukar rumah baru yang luas sebatu dengan rumah pangsa yang ada ini.

+ Tangguhkan beli tv baru semata nak sambut raya nanti.

+Tangguhkan dulu bercuti ke Bali sebelum cukup simpanan kecemasan lagi.

+ Tangguhkan dulu beli kasut tumit tinggi.

+ Tangguhkan beli superbike baru Suzuki.

+ Tangguhkan dulu tambah isteri bagi kengkawan dengki.

+ Tangguhkan untuk makan starbak jika tak perlu.

+ Tangguhkan untuk beli Jubah Bella Amora atau Zowora

Tangguh kepuasan diri bukan bermakna kita tak akan beli, kita akan ada bila sampai masanya nanti.

Kelemahan kita hari ini bila kita tidak dapat tangguhkan kepuasan diri. Sebok sangat nk pakai simply siti dan sendayu tinggi. Akibatnya tabung kita tak pernah tinggi tinggi.

Gegadis tak suka kita tangguhkan rasa hati, mereka nak dengar kita kata "Sudi tak kita sehidup, semati" :p

#TangguhBeliKeretaIdamanWaktuGawat

******** 

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,394 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen