“Berdoa Untuk Dipermudahkan Rezeki, Bukan Berdoa Minta Duit Sahaja..” Ikuti Perkongsian Ini.

 

Pada masa kini, terdapat pelbagai cara untuk berdoa supaya doa tersebut tidak dilihat atau didengar janggal, boleh dimakbulkan atau tidak tersalah cara berdoa. Berkenaan dengan rezeki pula, ada juga yang menyangkal…

“Jangan berdoa dimurahkan rezeki, tetapi dilimpahi atau dikurniakan rezeki yang berkat..”

Jika murah rezeki, maka segala rezeki yang kita dapat adalah ‘murah’. Wallahualam.

Namun, seperti perkongsian dari saudara Hafizul Hakim ini, beliau mendapat penjelasan daripada seseorang berkenaan dengan doa ini…

********

Orang alim pesan pada saya,

“Kalau fizul berdoa, minta doa agar dipermudahkan dan diperluaskan rezeki. Bukannya mintak duit banyak je.”

Eh kenapa pulak macam tu?

“Duit hanyalah salah satu bentuk rezeki. Kesihatan badan adalah rezeki. Anak pandai belajar jugak rezeki. Keselamatan keluarga juga rezeki. Keberkatan ilmu juga rezeki. Ketenangan adalah rezeki. Kebahagiaan hidup berkeluarga pun rezeki. Isteri taat jugak rezeki.

Malah setiap nikmat nafas, penglihatan, sebutir nasik masuk ke mulut itu adalah rezeki. Kenapa ko nak mintak bentuk duit je?” jelasnya sambil tersenyum.

Aah, betul jugak apa yang orang alim ni cakap. Aku tersenyum, dapat jawapan yang meningkatkan iman.

Terus aku teringat dengan seorang tua yang sudah pencen. Kerjanya lepas berpencen cuma bersihkan kebun rumah orang. Itu aje.

Kita nampak dari segi asbab dan kemampuan, mustahil pakcik ni dapat ke sana ke mari dan melancong. Tapi hakikatnya dah beberapa kali dia pergi umrah tanpa keluarkan duit sesen pun.

“Rezeki pakcik fizul. Berkat doa orang tua.”

Ada je orang ajak pakcik tu pergi umrah. Tak bayar ape pun. Siap ditolaknya lagi. Aku rasa pakcik ni tahap wali kot. Huhu.

Tapi berapa ramai orang punya segalanya. Harta, bisnes juta-juta. Dari segi logik, mustahil tak dapat pergi umrah dan haji. Berapa je kan. Tapi Allah tak bagi rezeki jejak kaki ke Masjidilharam, ke Madinah. Cium bau pun tak dapat. Na’uzubillah.

Kawan-kawan,

Otak kita zaman sekarang dah di ‘brainwash’ sesuatu benda jadi mesti dengan asbab. Nak pergi haji kena ada duit banyak. Pergi umrah kena ada belasan ribu ringgit. Jarang sekali kita jumpa orang yang tawakalnya letakkan Tuhan di depan.

“Aku berusaha, yang pilih dan sampaikan aku ke sana nanti adalah Allah.”

“Aku bersedekah ni supaya Allah pandang dengan rahmat. Berkat kasih sayangNya dipermudahkan rezeki aku.”

“Aku buat satu perkara ni supaya Allah suka, Allah sayang.”

Tapi ini bukan bermaksud kita terus tak berusaha atau tak menyimpan. Itu dah salah konsep tawakal. Kita mesti berusaha, letakkan niat sungguh-sungguh, doa agar diperkenankan Tuhan.

Begitulah.

Moga sentiasa dapat berkongsi ilmu bermanfaat.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 367,373 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen