Amalan Sunat Selepas Saat Ijab Kabul.

 

Berikut merupakan amalan-amalan sunat selepas selesainya ijab kabul.

1. Meletakkan tangan ke atas ubun-ubun kepala isteri lalu berdoa:

“Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya.” (Riwayat Abu Daud no.1260)



2. Melakukan solat sunat 2 rakaat.

Kebiasaanya dilakukan oleh pengantin lelaki sahaja, walaupun begitu tiada larangan untuk kedua-dua pengantin laki-laki dan perempuan untuk lakukan solat sunat 2 rakaat secara berjemaah.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya:

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala.”

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

• Rakaat pertama:

Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun. (tiada kewajipan membaca surah tertentu)



• Rakaat kedua:

Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas. (tiada kewajipan membaca surah tertentu)

• Membaca doa berikut selepas salam:

Bacalah apa-apa doa yang baik dalam bahasa arab mahupun melayu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Doakan semoga Allah berkati perkahwinan ini dan memberi kebaikan kepada kedua-dua pengantin.

3. Sujud syukur.



4. Selain itu, Prof. Wahbah al-Zuhaili juga menggariskan beberapa perkara sunnah dilakukan ketika majlis nikah : (Al-Fiqh al-Islami, jil 7, hlmn 122) iaitu:

  • Khutbah akad.
  • Para hadirin membaca doa untuk pengantin.
  • Bernikah pada hari Jumaat.
  • Mengkhabarkan atau mengumumkan berita mengenai majlis perkahwinan.
  • Mengadakan kenduri perkahwinan (walimah)

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen