Bagaimana Untuk Istiqamah, Jika Sering Terjatuh Ke Dalam Dosa Yang Sama? Ikuti Penjelasan Ini.

 

Pada hakikatnya ramai yang salah faham tentang istiqamah kerana beranggapan istiqamah adalah apabila setelah melakukan solat taubat, dan tidak lagi membuat dosa. Jadi, apabila membuat dosa setelah bertaubat, adakah dikira sebagai tidak beristiqamah?

Sekiranya itu maksud istiqamah yang ramai orang beranggapan, nescaya ia suatu yang mustahil.

Ini kerana, iman pada semua manusia ini mudah turun dan naik. Kita tidak mungkin terlepas dari dosa. Semua orang tidak pernah maksum melainkan nabi. Kita pasti akan melakukan dosa samada kecil atau besar, sengaja atau tak sengaja. Kerana kita manusia yang cukup lemah.

APAKAH ITU ISTIQAMAH DALAM PERUBAHAN?

Sebagaimana hadith riwayat Ahmad, dimana Rasulullah SAW bersabda:

استقيموا ولن تحصوا

Bermaksud: “Istiqamahlah kamu walaupun kamu takkan mampu…”

Pada hadith di atas, Nabi menyuruh kita beristiqamah walaupun dalam keadaan yang tidak mampu. Jadi, bagaimana nak istiqamah dalam keadaan kita ni takkan mampu?

Di sini lah, ulama’ mentafsirkan hadith ini dengan sepotong ayat Alquran dalam surah Fussilat ayat ke-6:

“….maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu)….”

Dimana kita perlu beristiqamah ke jalan yang lurus dan memohon keampunan kepada-Nya.

Dua kata kunci dari ayat ini ialah:

ISTIQAMAH dan MEMINTA AMPUN.

Bermakna, Allah dan rasul tahu, bahawa, kita tak mampu istiqamah dalam semua perkara. Sebagai manusia, kita takkan terlepas dari dosa dan noda.

Maka, hakikat ISTIQAMAH yang di maksudkan ialah ISTIQAMAH DALAM BERTAUBAT.

“Istiqamah yang perlu kita lakukan ialah, istiqamah dalam bertaubat!”

Walaupun sudah melakukan solat taubat, akan tetapi kita masih mengulangi kembali dosa, maka lakukan solat taubat kembali. Andai kita jatuh lagi ke dalam lembah maksiat, bangkit dan bertaubatlah kembali. Andai sekali lagi kita tergelincir ke dalam dosa, bangun dan bertaubatlah kembali!

Seperti mana kita kerap melakukan dosa, maka, sekerap itu jugalah kita perlu bertaubat!

Jangan sesekali putus-asa dalam bertaubat. Pengampunan Allah itu maha luas. Kasih sayang Allah itu maha dahsyat!

Lalu, apa lagi alasan untuk kita tidak terus bangkit melakukan perubahan?

Bangkit dan bertaubatlah!

Moga-moga kita di kurniakan syurga Allah atas usaha dan pengorbanan kita kembali padaNya!

Jadi jangan menangguhkan taubat kerana, antara tanda fasiq(orang yang kerap melakukan dosa) ialah dia menangguh taubat.

APAKAH KESAN BILA KITA MELAMBAT-LAMBATKAN TAUBAT?

Terdapat banyak kesan apabila kita melambat-lambatkan taubat seperti:

  • Mula ketagih dengan dosa.
  • Hilang malu membuat dosa.
  • Hilang rasa bersalah membuat dosa.
  • Hati mula mati.
  • Rasa normal ketika melakukan dosa.
  • Lebih menakutkan apabila kita mula mempertahankan dosa lalu memperjuangkan dosa serta menganggap dosa itulah kebenaran.

Nauzubillah.

Oleh yang sedemikian, belajarlah untuk menjadi orang yang beriman yakni tidak putus asa dengan rahmat Allah SWT, malah kerap melakukan solat Taubat. Buktikan istiqamah kita dengan bertaubat pada Allah, walau banyak mana pun kita terjatuh, terus bangkit dan jangan berputus-asa dari rahmat Allah!

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,865 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen