“Jangan Biarkan Anak-Anak Mengenali Superman Sahaja, Tetapi Tidak Mengenali Sahabat Nabi” –Dr. Ahmad Sanusi-

 

Pada masa kini, masyarakat dilihat terlalu tenat kerana mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak sepatutnya. Semua gaya hidup orang barat mahu ditiru, dan dengan begitu yakin menyatakan, selagi tidak memudaratkan, baik sahaja pada mereka.

Memang yang baik boleh juga kita ikuti, namun ikutlah yang berlandaskan syariat Islam. Berkenaan dengan hal ini, perkongsian dari Dr Ahmad Sanusi memberi kata-kata nasihat untuk mendidik anak dengan kisah-kisah Nabi juga. Jangan hanya tertumpu pada kartun luar negara sahaja.

********

Didik Anak Mengenali Sahabat Nabi.

===========

1. Jangan biarkan anak kita hanya mengenai superman, ultraman atau spiderman sahaja. Perkenalkan mereka dengan Sahabat Nabi. Mereka adalah hero yang sebenar. Hero mestilah mempertahankan Islam. Ajarkan mereka Sirah Sahabat Nabi.

2. Al-Imam Ibn Kathir merekodkan kata-kata Ali ibn Husain (sebahagian menyatakan Sa’d ibn Abi Waqas) menyebut bahawa: Kami mempelajari tentang selok belok kehidupan dan Sirah peperangan Nabi (al-Maghazi) sepertimana kami mempelajari al-Quran. Kata Ali:

كنا نُعلَّم مغازي النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ كما نعلم السورة من القرآن "

"Sesungguhnya kami mempelajari peperangan (Sirah) Rasulullah seperti mana kami mempelajari Surah daripada al-Quran.

Image may contain: text

3. Begitu juga Ibn Uqayl yang mendatangi Jabir ibn Abdulullah, seorang sahabat yang masyhur. Ibn Uqayl bertanyakan kepada Jabir tentang sirah Rasulullah lalu ditulisnya bagi tujuan generasi akan datang.

Image may contain: text

4. Al-Imam al-Zuhri pula menegaskan bahawa mempelajari sejarah Baginda adalah ilmu yang merangkumi dunia dan akhirat. Dari aspek dunianya, ia membina jati diri anak tersebut, dan dari segi akhiratnya ia mudah-mudahan akan ditempatkan bersama para Nabi. Kata al-Imam al-Zuhri:

. وكان الزهري يقول : علم المغازي والسرايا علم الدنيا والآخرة

"Kata al-Imam al-Zuhri: Sesungguhnya ilmu sejarah peperangan Nabi (Sirah Rasulullah) adalah ilmu buat bekalan dunia dan akhirat."

5. Kecuaian kita dalam perkara ini barangkali menghasilkan generasi yang meletakkan penilaian yang tidak benar berhubung idola dalam kehidupan mereka sehingga menjadikan artis sebagai idola mereka.

Image may contain: text

Semoga Allah membimbing kita semua.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,042 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen