“Isteri Ni  Mana Ada Masa Untuk Sakit, Selagi Tak Penat, Selagi Tu Nak Buat Kerja” Ikuti Perkongsian Ini.

 

Sebagai anak, pernah atau tidak melihat ibu sendiri terdampar di bilik kerana dalam kesakitan. Demam atau selesema sekalipun, urusan rumah tangga pasti akan dilaksanakan. Ibu sakit pun, masih boleh memasak di dapur, basuh baju, melipat baju, basuh pinggan mangkuk.

Kalau kita, daripada pagi sehingga malam tidur seharian usai makan ubat.

Jika ini yang sering dilihat, bagi golongan anak-anak mahupun suami, tolonglah ibu/isteri anda supaya mereka tidak terasa terbeban dan tertekan seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

********

No photo description available.

Korang rasa isteri kita ada masa untuk sakit?

Baju kotor berlonggok depan bilik air, pinggan kotor sampai tak muat dalam sinki, makan tak ada pilihan selain tapaw kedai dan paling memenatkan bila kena uruskan anak sendiri.

Allah je tahu rasanya jaga anak-anak seorang diri. Penat wei!

Kalau isteri sakit, rumah confirm jadi huru hara, tunggang terbalik dan serba serbi tak cukup.

Aduh, aduh.. isteri yang sakit, suami yang sengsara tau!

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian merana diri...

Itu sebabnya para suami yang budiman, sebelum 'terpaksa' buat semua kerja seorang diri, baik bantu serba sedikit tugas mengurus rumah tu semasa isteri masih sihat.

Isteri tu bukan robot, bukan juga manusia yang fana yang tak tahu rasa penat dan sakit.

Sampai masa dia juga perlu dapatkan rehat dan ketenangan.

Sedangkan kalau bekerja di malaysia jabatan buruh dah tetapkan tempoh maksimum kerja sehari 8 jam sahaja, lepas tu mesti berehat.

Ini kerja dapat gaji tau!

Tak akan la kerja di rumah sendiri, dah la tak dapat gaji, kerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu pun tak layak dapat rehat. Zalim bebenor tu!

Saya percaya kalau la boleh buat aduan kat jabatan buruh tentang ni, mesti ramai isteri dah buat aduan.

Orang perempuan ni dia sayang kat keluarga dia lebih dari dia sayang diri sendiri, sebab itu walaupun penat selagi boleh bergerak selagi tu dia akan buat kerja.

Kita la para suami kena manfaatkan pancaindera yang Allah dah bagi untuk melihat keadaan isteri.

Kalau dah nampak isteri kelam kabut buat kerja tu tandanya dia perlukan rehat. Itu bukti dia dah tak keruan dan 'over limit' bekerja.

Isteri yang sihat ialah isteri yang sentiasa di jaga, di belai dan di sayangi oleh suami yang sihat.

*******

Semoga Dijadikan Iktibar Dan Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 596,504 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen