"Ketidaksempurnaan Ibu Atau Anak Itu Bukan Kekurangan Tetapi Kekuatan..."

 

Jadi mak-mak ini sememangnya letih, mana tidaknya kita sentiasa mahukan yang terbaik buat keluarga kita. kalau boleh segala-galanya mahukan yang sempurna dan paling baik buat anak-anak dan suami. Itulah punca mengapa kita cepat penat dan letih.

Bukan itu sahaja, kadang kala setiap yang berlaku itu yang menjadi sebab untuk menyalahkan diri sendiri, sedangkan ia adalah perkara biasa yang terjadi dan bukan salah sesiapa. Mak dan anak masing-masing mempunyai kekurangannya yang tersendiri, jangan paksa diri untuk menjadi sempurna kerana kita ini hanya manusia biasa sahaja.

Mari ikuti kata-kata motivasi dari Puan Siti Suryani Yaakop yang membantu ibu-ibu lebih bersemangat dan tidak membuat diri stress.



Mak..

Selalu yang buat geng-geng kita ni stress ialah, kita anggap semuanya salah kita.

Anak terpijak lego, menangis teruk nau macam kena gigit buaya. Kita salahkan diri kita sebab tak simpan mainan.

Anak sakit kaki lepas masuk rentas desa, cuaca pulak masa tu panas. Kita salahkan diri kita sebab tak halang anak dari berlari.

Anak merajuk sebab kita masak ayam, dia nak makan ikan. Kita salahkan diri kita sebab jadi penyebab anak taknak makan.

Anak korek hidung, lepas tu masuk mulut, kunyah taik hidung sendiri. Kita salahkan diri kita sebab tak bagitau anak taik hidung tu kotor.

Anak mengamuk depan kedai aiskrim, berguling-guling sebab dia tak boleh terima kita larang dia makan aiskrim dah 4 kali hari tu. Kita salahkan diri kita sebab buat anak sedih.

Anak kita taknak makan sayur, kalau bagi choki-choki laju dia telan. Kita salahkan diri kita sebab salah ajar dia rutin makan yang baik.

Tu la..
Mana la tak stress.

Kita tengok anak orang lain elok je. Dengar je cakap. Baik je ikut kata. Taat je perintah. Sopan je perangai. Takda mengamuk, takda nak buat muka, takda nak merajuk.

Bukan macam tu..
Bukan semua indah begitu.

Ingat dulu kita masa kecik-kecik. Apa je yang kita tak makan? Lepas main pasir tak sempat basuh tangan, terus rembat karipap panas-panas mak baru goreng.

Main basikal lepas tangan turun bukit. Tertomoih atas tanah, berbirat habis muka. Balik tu, ada mak kita timang-timang? Kalau tak dapat rotan kat bontot pun, kira syukur sangat dah tu.

Yet--
We survive!

Kadang-kadang tak terfikir pun ye dak.
Tu nak cakap apa?
Mak kita tak sayang kita ke?
Tak, kan....

Dia ajar kita.
Melalui pengalaman.

Ingat ni je lah,
Mana ada mak yang sempurna.

Begitu juga,
Mana ada anak yang sempurna.

Mengetahui kita tak sempurna tu bukan kekurangan. Tahu yang kita tak sempurna itulah kekuatan. Barulah kita sentiasa belajar nak upgrade. Nak buat lebih baik.

Kalau banyak sangat rasa bersalah dari kau celik mata sampai sekarang, fikir 3 benda betul yang kau dah buat dari pagi tadi mak.

-Buat breakfast.
-Basuh baju sekolah anak.
-Bawa anak gi kedai 2 ringgit.

Done!
Dah 3.

Aha....
So... i'm not a bad mother after all.
Gitu!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen