Nusyuz Seorang Suami...

 

Apa yang kerap kita dengar adalah mengenai nusyuznya seorang isteri terhadap suaminya. Malah, perkataan nusyuz ini lebih dekat dengan wanita jika hendak dibandingkan lelaki. Bahkan ramai isteri-isteri yang tidak tahu bahawa nusyuz ini juga boleh terjadi kepada suami-suami di luar sana, cuma ia kurang penyebaran mengenai perkara ini.

Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian.



Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.

Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka. Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.

Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan dan tidak teraniaya.

Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia kerap diletakkan kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami.

Nusyuz di pihak suami ialah:

i. Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.

ii. Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.

iii. Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah tangga, isteri dan anak-anak.

iv. Tidak memberikan nafkah kepada anak.

v. Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.

vi. Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.

vii. Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah.

viii. Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak Islam.

ix. Tidak memelihara kehormatan isteri.

x. Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.

xi. Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.

Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan nusyuz di mana ada tiga tahap.

Tahap pertama (amara’), contohnya jika dulu isteri menjawab dengan suara yang lembut, “Yang, “Ya bang” kini jawapan itu berubah kasar. Jika dulu isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu atau segera dibukakan pintu pagar tapi kini tidak lagi.

Pada tahap kedua (shiqa’) pula, situasi berlaku apabila suami atau isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing. Mereka sering kali bergaduh dan tidak boleh bertentang mata, manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar, contohnya menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab. Apabila berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah diambil jika tidak ia amat berbahaya. Ibarat api dalam sekam.

Pada tahap ketiga (dara’) pula amat serius kerana membabitkan keganasan. Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Kanun Keseksaan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen