Antara Adab-Adab Ketika Menjadi Suami Supaya Isteri Tidak Memendam Rasa.

 

Setelah berkahwin, si isteri memang banyak memendam hati dan perasaan terhadap suaminya sendiri. Ini terjadi kerana lelaki sering terlepas pandang terhadap perkara remeh yang perlu dilakukan pada isterinya. Apabila terlepas pandang, makan hati si isteri. Mengharapkan yang lain, lain pula jadinya.

Takut untuk meluahkan perasaan, kerana pasti suami akan menafikan. Bila sudah dinafikan siteri berharap suami tidak akan mengulangi kesalahannya lagi, namun terjadi pula sebaliknya.

Jadi, sebagai seorang lelaki yang bergelar suami perlu tahu 6 adab ini supaya isteri tidak memendam rasa…

1. Menjaga pergaulan dengan rakan sekerja yang berlainan jantina.

Kadang-kadang, dalam diam isteri makan hati apabila melihat si suami bermesra dengan rakan sepejabat terutamanya kaum wanita. Memang suami sering memberitahu tiada apa-apa hubungan dengan wanita tersebut. Namun, lelaki perlu tahu hanya wanita yang amat memahami hati wanita yang lain.

Para isteri juga mempunyai naluri hati yang hebat dalam mengesan sekiranya wanita tersebut cuba merampas suaminya dalam diam.

2. Jangan meluangkan masa dengan kawan-kawan sehingga lewat malam.

Tidak kisah sekiranya ingin meluangkan masa dengan rakan-rakan sepejebat usai sahaja selepas bekerja, atau sahabat yang lain untuk bermain futsal. Namun, minta izin terlebih dahulu daripada isteri. Minta izin bukan tanda anda merendahkan martabat anda sebagai suami, akan tetapi ia adalah cara menghormati isteri anda sendiri.

Dan juga jangan lepak sehingga lewat malam, padahal isteri bertungkus lumus menjaga keluarga di rumah pula.

3. Jangan mengendahkan masalah isteri walaupun perkara remeh.

Kaum wanita, dan terutamanya golongan isteri ini amat terkilan sekiranya suami sendiri mengendahkan masalahnya. Lebih-lebih lagi jika masalah itu, perkara kecil sahaja. Ini kerana daripada situ dirinya cuba menagih perhatian daripada suami tercinta. Jika bukan menagih perhatian daripada suami, dengan siapa lagi yang perlu ditagih?

4. Agihkan kasih sayang antara adik-beradik dengan isteri sama rata.

Situasi ini sering terjadi sekiranya anda adalah seorang anak lelaki sulung yang perlu menanggung ramai adik-beradik. Setelah berkahwin, ingat juga pada isteri anda yang sanggup menerima anda walaupun mengetahui bahawa anda ramai adik untuk ditanggung. Jangan buat isteri memendam rasa apabila terlihat anda melebihkan adik-beradik terutamanya dari segi hal kewangan.

Ingat, nafkah pada isteri wajib dilaksanakan.

5. Jangan memuji perempuan lain ketika isteri di sebelah.

Yang paling penting adalah, jangan pernah cuba memuji wanita lain selain daripada dirinya. Jika anda melihat responnya baik dan seolah-olah tiada perasaan, jangan tertipu! Kerana mereka akan sentiasa ingat kata-kata pujian tersebut dan akan diungkit pada saat anda terlupa dengan kejadian tersebut. Hal ini juga mampu mencetus pergaduhan. Hati-hati!

6. Bijak menjaga hati isteri.

Bijak menjaga hati isteri bukan semata-mata memberi duit nafkah dan hubungan intim sahaja. Bahagiakan hati mereka dengan mengenali emosi mereka, dan jadilah pendengar setia.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 593,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen