Sebelum Bergelar Isteri, Belajar Untuk Menjadi Anak Solehah Terlebih Dahulu Dengan 6 Teknik Ini.

 

Ramai dikalangan anak muda zaman sekarang berkejar-kejar untuk berkahwin dengan jejaka yang sudah menjadi kekasihnya, dan sedaya upaya memperbaiki diri untuk menjadi isteri solehah. Namun, tidak pula berkejar-kejar untuk menjadi anak solehah pada kedua ibu bapa yang telah menjaganya daripada kecil sehingga ke besar.

Apabila hadirnya seorang jejaka yang sentiasa berkelakukan baik, dan memberi nasihat, mahu pula diikuti segala arahan jejaka tersebut. Tidak mustahil sekiranya apabila selepas berkahwin, anda akan mudah untuk tidak patuh pada arahan suami pula.

Mulakan dengan mematuhi dan taat pada kedua ibu bapa, kemudian belajar menjadi anak solehah seperti…

1. Belajar untuk menutup aurat dengan sempurna.

Setiap manusia perlu belajar untuk menutup aurat dengan sempurna, tidak kira golongan lelaki ataupun wanita. Namun, kaum wanita mempunyai banyak aurat untuk dijaga berbanding dengan lelaki. Jadi, tanamkan sifat malu pada diri sendiri supaya tidak terlalu mendedahkan lenggok badan pada umum.

2. Belajar untuk tidak berlantang suara pada kedua ibu bapa.

Bagaimana untuk menjadi seorang wanita yang menjaga tutur kata pada orang lain? Jaga dulu tutur kata pada kedua ibu bapa anda. Jangan katakan ‘Tidak’ atau ‘Ahhh..’ pada kedua ibu bapa, apatah lagi berkata-kata kesat pada mereka.

Jika anda dapat pelajari untuk bersopan santun dengan kedua ibu bapa anda, secara tidak langsung akan mendorong anda menjaga adab pada khalayak orang ramai, terutamanya pada bakal suami.

3. Ikut arahan bapa sendiri terlebih dahulu, daripada mengikut arahan teman lelaki.

Sebagai contoh, Ibu bapa suruh tutup aurat, tidak diikut, namun apabila kekasih atau teman lelaki yang suruh dipatuhi pula. Memang benar, kita perlu ikuti nasihat yang baik daripada orang lain, tapi jangan pula beranggapan..

“Aku nak tutup aurat untuk bakal suami aku nanti…”

Tidak kasihan pada bapa yang sudah berulang kali memesan menutup aurat, tetapi gagal diikuti pula? Pasti terkilan hati apabila melihat anak sendiri mendengar nasihat orang lain, daripada diri sendiri setelah bergelar ibu bapa.

4. Belajar untuk tidak menipu.

Jangan sesekali belajar untuk menipu terutamanya pada kedua ibu bapa anda. Sebagai contoh, anda menipu untuk membuat study group dengan rakan sebaya di sekolah atau di kolej. Tetapi apa yang anda lakukan sebenarnya adalah keluar dating dengan teman lelaki pula. Jangan mengadu hidup tidak tenang jika anda kerap melakukan hal sebegini kepada kedua ibu bapa anda.

5. Belajar untuk menjadi seorang yang amanah.

Anda juga perlu menjadi seorang yang amanah kerana setelah bergelar isteri nanti banyak perkara yang bakal anda uruskan kelak termasuklah hal kewangan. Suami akan bergantung harap pada anda untuk mampu belanjakan duit perbelanjaan atau nafkah dengan kemampuan dirinya, jadi anda perlu menjadi seorang yang amanah dalam menguruskan duit yang diberi.

6. Belajar untuk mengawal emosi.

Kemudian anda juga perlu belajar untuk mengawal emosi dalam setiap perkara apabila dengan ibu bapa. Jika anda sering memberontak dengan arahan kedua ibu bapa anda, tidak mustahil nanti dengan suami juga anda menjadi ego dan keras kepala. Lunturkan ego anda.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,304 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen