“Kahwin Dengan Orang Yang Beragama Kerana Mahu Dibimbing, Namun Rumah Tangga Sebenarnya Lebih Dari Itu..”

 

Dalam mencari pasangan atau bakal jodoh, apa yang sudah pasti kita dinasihatkan untuk mencari mereka yang beragama. Ada pegangan agama, dan solat adalah tiang agamanya. Keturunannya juga perlu beragama supaya dapat menghasilkan zuriat yang soleh dan solehah.

Terutamanya bagi golongan wanita yang mahukan lelaki yang alim supaya dapat membimbing mereka sehingga ke Jannah. Mahukan orang sebegini supaya hidupnya lebih bahagia, akan tetapi tidak sedar dalam proses untuk membina mahligai ini, rumah tangga adalah lebih daripada itu.

Ikuti perkongsian dan nasihat daripada saudara Abu Hurairah ini…

********

Image may contain: text

Kalau kita mencari pasangan hidup,

Adalah dari kalangan ustaz dan ustazah, tak salah.

Kita cari yang hafal dan johan tilawah peringkat eropah pun juga tak salah.

Kita nampak dia bertudung labuh dan berpurdah, wah! Inilah calon isteri, pun lagi lah tak salah.

Yang salah adalah, bila kita berkahwin dengannya, kemudian kita terkejut pasangan itu tak seperti yang kita impikan!

Ya, itu salah!

Sebab apa?

Sebab kita hanya mencari yang sempurna hingga lupa yang dia juga hamba yang lemah seperti kita.

Lupa, hanya mencari yang baik sedangkan pasangan itu adalah ujian Tuhan untuk diri.

Sebelum ni rasa dah bahagia sebab kahwin dengan orang agama, sedangkan perkahwinan itu adalah soal percaya kita pada Allah sebenarnya.

Bukan percaya pada cinta.

Bukan juga pada sempurna yang hanya nampak di mata.

Bukan hanya kopiah, purdah dan sejadah.

Rumahtangga itu lebih dari itu..

Maka,

Berkahwin dan jadilah diri yang hamba. Hamba yang layak di uji. Hamba yang tak layak mendapat yang baik-baik sebab kita dengan Allah pun suka bersangka jahat!

Titik!

********

Nasihatnya yang lain juga adalah dalam rumah tangga,

Tanpa iman dan taqwa, kasih sayang antara suami dan isteri itu tidak akan ada.

Iman itu adalah percaya pada Allah.

Taqwa itu pula adalah sifat baik dari kedua-dua pasangan.

Carilah dan usahalah.

#sweeterapi

********

Semoga Kita Mendapat Petunjuk, Mahu Berkahwin Kerana Apa?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,275 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen