Perempuan Perlu Tahu, Lelaki Akan Berfikir Tentang 4 Perkara Ini Ketika Melihat Anda Menangis.

 

Apabila kaum wanita menangis, terdapat 1001 kisah disebalik tangisan dan air mata tersebut. Sama ada kesedihan akibat hati yang remuk, ataupun kegembiraan yang sukar diungkapkan, malah kemarahan yang dipendam terlalu lama. Pihak luar sudah pasti tidak mengetahui rahsia hati seorang wanita ini. Hanya diri mereka sendiri sahaja yang tahu apa yang telah berlaku pada hidupnya.

Namun, tangisan tersebut pasti akan dilihat oleh sesiapa sahaja termasuklah kaum lelaki. Bagi lelaki, kaum wanita ini lemah, jadi kerana itu mudah untuk menitiskan air mata. Akan tetapi apakah yang mereka akan fikirkan sekiranya terlihat seorang wanita itu menangis?

Tidak kira sama ada wanita itu adalah rakan sekerja, kekasih atau sesiapa sahaja, kaum lelaki akan berfikir tentang 5 perkara ini apabila terlihat anda menangis…

1. “Aku nak tahu apa masalah dia…”

“Kenapa menangis ni? Cuba cerita..”

Ungkapan pertama yang akan didengari dari mulut lelaki sekiranya ternampak wanita menangis. Ini menunjukkan sikapnya prihatin dan mengambil berat. Sekiranya ia berlaku pada suami atau kekasih anda, anda amat bertuah kerana mereka memiliki sikap yang prihatin.

Akan tetapi sekiranya ia berlaku pada rakan anda, malah tidak begitu rapat, elakkan bercerita sekiranya ia terlalu peribadi kerana daripada kisah itu boleh jadi 2 kemungkinan…

  • Anda akan jatuh hati pada rakan lelaki anda.
  • Kisah anda yang mengaibkan akan tersebar luas.

2. “Aku nak cuba tolong dia, kalau ada masalah..”

Lelaki ini secara lahiriahnya, terasa dirinya perlu melindungi kaum yang lemah iaitu kaum hawa. Jadi, secara automatik mereka akan cuba menjadi baik mahupun pendengar masalah yang setia. Sering sahaja kita melihat dan mendengar, setiap wanita pasti memiliki bff lelaki. Ini kerana bff lelakinya sahaja yang mampu menolong dan menjadi pendengar luahan yang setia.

Sekiranya anda berdua masih single tidak mengapa, jika lelaki ini sentiasa menolong anda walaupun sudah mempunyai kekasih, takut nanti anda jatuh hati padanya.

Yelah, lelaki akan bertindak menjadi seorang yang baik hanya kerana simpati melihat anda.

3. “Siapa yang jahat sangat buat dia menangis ni?”

Seperti point nombor 2, lelaki mempunyai sifat semula jadi untuk melindungi kaum wanita. Jadi, mereka sedaya upaya untuk mengetahui cerita sebenar dan akan mula bertindak sebagai hero menyelamatkan keadaan. Mereka akan cuba mendapatkan cerita sebenar, dan mula bertindak seperti ayah-ayah atau abang-abang.

4. “Kalau aku tolong dia selesaikan masalah mesti lepas ni jadi lagi rapat..”

Tak lain, tak bukan sebenarnya apabila seorang lelaki melihat kaum wanita menangis dan cuba menolong menyelesaikan masalah, ini untuk menjadi lebih rapat dengan anda. Dan berkemungkinan besar mempunyai hati dan perasaan untuk anda. Lelaki akan cuba menjadi baik dan menolong wanita hanya 2 kemungkinan iaitu…

  • Lelaki ini suka pada anda.
  • Lelaki ini Just being nice, kerana ia adalah tanggung jawab dan tak lebih daripada itu.

Maka, Sekiranya Anda Terlihat Seorang Lelaki Cuba Memujuk Anda, Jangan Terlalu Cepat Jatuh Hati Ya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen