Minuman Berkarbonat Boleh Mencetus Kanser? Ikuti Penjelasan Dari Dr. Zubaidi Ini.

 

Sejauh mana kita mengetahui air berkarbonat mampu memudaratkan tubuh badan?

Berapa kali pula kita sering minum minuman berkarbonat ini dalam masa seminggu atau sehari?

Setiap makanan atau minuman pasti ada kesan buruk sekiranya mengambil dengan jumlah yang banyak. Bagaimana pula dengan air manis berkarbonat ini? Selain mendorong kenaikan berat badan, air manis berkarbonat juga boleh mencetus pelbagai penyakit melalui perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad ini…

********

Image may contain: 1 person

Minuman Manis Bergas Dan Kanser.

Minum minuman yang manis bergas, walaupun dalam kadar yang sederhana, boleh meransangkan kanser usus besar (colon cancer).

Sungguh pun ia adalah kajian yang dilakukan terhadap tikus dalam makmal, dan saintis tidak pasti adakah ia akan memberikan kesan yang sama terhadap manusia, para saintis yang membuat kajian tersebut percaya meminum air manis bergas telah menyebabkan peningkatan kes-kes kanser kolon di kalangan orang dewasa muda.

Mungkin inilah punca yang nyata bagaimana gula, selain dari menyebabkan kegemukan, boleh menyebabkan kanser, terutama bagi mereka berisiko tinggi untuk mendapat kanser usus (atas faktor genetik atau keturunan).

Minuman manis bergas mendapat sambutan hangat di awal 80an apabila minuman yang mengandungi gula fruktosa yang tinggi ini dijual murah di pasaran. Semenjak itu terdapat peningkatan yang ketara dalam kes kegemukan, dan kanser.

Kegemukan menyebabkan keradangan dan akhirnya meningkatkan pertumbuhan tumour dan kanser.

Kanser kolon sepatutnya biasa di kalangan wargatua yang berusia 60 tahun ke atas tetapi menunjukkan peningkatan di kalangan mereka yang berusia bawah 50an.

Risiko yang lebih tinggi bagi mereka yang tidak mempunyai sejenis gene dikenali sbg APC, dan mengambil sekurang-kurangnya satu tin minuman manis bergas.

Dalam kajian itu, apabila gula fruktosa dipecahkan oleh enzim Keto Hepatic fructokinase

(KHK), akhirnya digunakan sbg tenaga. Tanpa enzim ini peningkatan gula fruktosa akan digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser.

Bagi mereka yang tiada enzim KHK dan APC, mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser, khususnya kanser usus besar.

Namun kita sendiri tidak menyedari sama ada kita mempunyai enzim KHK dan APC, atau tidak.

Jadi kurangkan pengambilan minuman yang manis dan bergas, dan banyakkan minum air kosong.

Saya mengamalkan minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam satu sudu. Alhamdulillah saya rasa lebih bertenaga dan lebih sihat.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,623 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen