"Keselesaan Ahli Keluarga Itu Lebih Utama, InsyaAllah Tuhan Akan Ganti Dengan Berlipat Kali Ganda..."

 

Sebagai seorang suami, sudah menjadi tanggungjawab untuk membahagiakan anak-anak dan isteri mereka. Menjaga keperluannya, melindunginya dan pelbagai lagi tugas suami yang bergelar bapa sekali gus sebagai ketua keluarga dalam sesebuah rumah itu.

Dalam pada masa yang sama, tugasnya hanya bukan tertumpu pada anak-anak dan isteri sahaja, malah ia juga masih memegang tanggungjawab sebagai seorang anak. Jadi tidak kiralah ibu bapa kandung atau ibu bapa mertua masih sahaja perlu dilayani dengan baik agar hidup lebih sejahtera dan harmoni. Rumah tangga akan menjadi lebih bahagia apabila masing-masing tahu memainkan peranannya dengan baik.

Sedikit kisah yang dikongsikan oleh Cikgu Fadli Salleh ini sememangnya sesuai untuk dijadikan teladan buat mereka yang bergelar anak, menantu, suami dan juga bapa.



Bil sampai dua hari lepas. Aku lihat jumlah, aku senyum saja. RM452.92 jumlahnya.

Belum pernah bil elektrik aku cecah sampai macam ni. Biasanya sekitar RM250-RM350 sahaja. Namun aku tidak mengeluh. Aku tahu cuaca sekarang panas.



Rumah aku pula ada 3 biji aircond. Bila panas, memang aku suruh mak mertua, adik ipar, puan isteri dan anak-anak buka sahaja aircond. Aku pasang aircond untuk keselesaan keluarga. Tak perlu takut-takut nak guna.

Soal bil letrik itu, usah risau. Aku ni ketua keluarga. Pandai la aku ikhtiar cari duit dan bayar.

Aku tak nak keluarga aku menahan diri untuk keselesaan hanya kerana risau bil melambung. Risau aku yang kena bayar mahal. Tak perlu risau bab tu. Bahkan aku cakap kat mak mertua,

"Mak. Pasanglah aircond kalau panas. Pasang je, tak apa."

Aku risau juga mak menahan diri hanya tak nak menantu dia terbeban dengan bil.

Bil itu bukan beban mak. Bukan!

Itu apa yang aku sediakan untuk keselesaan keluarga termasuk mak dan sesiapa sahaja yang tinggal dalam rumah aku. Aku tak pernah anggap ia satu beban. Bahkan gembira apa yang kita sediakan mereka guna.

Mak memilih tinggal dengan aku ini sudah satu rahmat tidak terkira besarnya. Setiap hari ada alunan bacaan Quran dari bilik mak. Setiap hari ada doa untuk anak cucunya. Dua benda itu sahaja tidak ternilai dengan segala harta dan isi dunia.

Maka cukup bangsatlah aku jika berkira untuk sedikit keselesaan mak.

Anak-anak demam, mak jagakan. Mak tak benar hantar pengasuh kalau anak demam. Dia nak jaga. Anak aku yang sulung dan kedua pun mak yang siapkan untuk ke sekolah.

Begitu banyak jasa mak pada aku dan keluarga. Tidak terkira.

Sama juga dengan adik ipar aku. Beruntung besar aku dia nak tinggal sama. Padahal boleh saja dia tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan dia. Tapi dia memilih untuk tinggal dengan kami.

Setiap hari, dialah yang akan hantar anak sulung aku ke sekolah dan ambil anak kedua aku pulang rumah. Setiap kali aku keluar, aku rasa anak isteri selamat sebab mak dan adik ipar aku ada menemani puan isteri dan anak-anak.

Maka, apa sangat setakat kenaikan bil elektrik setakat seratus dua?

Aku ketua keluarga. Aku suami. Aku seorang ayah. Dan aku juga seorang menantu.

Itu tanggungjawab aku untuk menjaga mereka. Untuk menyediakan segala keperluan asas untuk mereka. Untuk keselesaan mereka.

Jika kau pun sama ditempat aku, janganlah kita mengeluh. Kita hadap saja dengan senyuman.

Duit boleh dicari. Kegembiraan dan keselesaan anak isteri serta keluarga itulah yang utama.

Apa yang kita belanjakan untuk anak isteri dan keluarga kita, InsyaAllah Tuhan ganti berlipat kali ganda. Percayalah!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,409 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen